Buah Dada Lelaki Membesar Kerana Makan Makanan Segera

Offline
08-21-2017, 06:54 AM,
#1
resim
BUAH dada kanan seorang remaja di China kelihatan lebih besar sehingga menyebabkan dia perlu menjalani pembedahan.

resim
SEKUMPULAN doktor melakukan pembedahan mengecilkan saiz sebelah payu dara seorang remaja lelaki tiba-tiba membesar akibat ketidakseimbangan hormon.

CHINA - Sejak enam tahun lalu, seorang remaja lelaki yang kini berusia 19 tahun bingung memikirkan tentang masalah kesihatan yang dihadapinya.

Bukan dia sahaja yang runsing, malah ibu bapanya turut bimbang melihat keadaan anak teruna mereka apabila berlaku sesuatu yang tidak kena pada anggota badannya.

Manakan tidak, remaja lelaki yang dikenali sebagai Xiao Yang itu tiba-tiba mengalami tumbesaran pada salah satu daripada buah dadanya. 

Ia menyerupai seperti buah dada wanita.

Selepas enam tahun, buah dada di sebelah kanan Yang semakin membesar sehingga membuatkan dia berasa malu lebih-lebih lagi apabila meningkat dewasa.

“Saya selalu diejek ketika berada di sekolah terutama jika terpaksa membuka baju semasa mandi di kolam renang,” ujar Yang.

Menurut Yang, dia mula perasan *perubahan pada buah dada kanannya sejak dia berusia 13 tahun apabila mendapati ia kelihatan sedikit berbeza daripada sebelah kiri.

Kelenjar susu

Melihat perubahan yang berlaku, Yang telah memberitahu ibu bapanya sebelum dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, doktor yang melakukan pemeriksaan terhadap Yang gagal menemui jawapan. Ibu bapanya diminta membawa anak mereka mendapatkan pemeriksaan ke beberapa hospital lain.

Menurut laporan akhbar tempatan, Qianjiang Evening Post, Yang yang bera*sal dari daerah Cangnan di wilayah Zhejiang, selepas gagal mendapat keputusan daripada beberapa buah hospital, remaja itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Pusat Wenzhou pada Julai lalu.

Di bawah kendalian pakar perubatan, Dr. Pan Zhongliang, masalah yang dihadapi oleh remaja tersebut berjaya ditemui.

Melalui kaedah yang dikenali sebagai B-scan ultrasonography, Zhongliang mendapati, kelenjar susu remaja itu membesar dan saiznya menjadi tidak normal bagi seorang lelaki.

Menurut Zhongliang, keadaan itu disebabkan berlaku ketidakseimbangan hormon yang dikenali sebagai ginekomastia iaitu perkembangan kelenjar susu berlebihan pada lelaki.

“Ginekomastia merupakan satu kea*daan yang dipengaruhi oleh hormon seseorang hingga menyebabkan kelenjar susu mereka membesar sama ada sebelah atau kedua-duanya sekali,” ujar Zhongliang.

Selepas mengenal pasti masalah yang dihadapi remaja itu, satu pembedahan dipanggil mastectomy telah dilakukan untuk mengecilkan buah dada dan membentuk buah dada baharu yang normal.

Makanan segera

Melalui kajian saintifik yang dijalankan, Zhongliang percaya masalah ginekomastia yang berlaku terhadap seseorang lelaki itu berpunca daripada tabiat memakan terlalu banyak makanan segera dan makanan proses yang dicampur dengan bahan kimia tertentu.

“Saya percaya, tabiat mengambil makanan segera menyumbang faktor utama terhadap masalah ginekomastia terhadap golongan lelaki,” jelas Zhongliang.

Selepas selamat menjalani pembedahan mastectomy, doktor memberi harapan bahawa masalah yang sama tidak akan terjadi lagi terhadap pesakit. - Kosmo

Possibly Related Threads...
Lelaki Lembam Didakwa Hisap Burung Dalam Tandas
Lelaki Dipenjara 30 Bulan Hantar Sms Lucah Kepada Cikgu
Ibu Tikam Teman Lelaki Sedang Menindih Anak Gadisnya
2 Budak Lelaki Masih Berhingus Disyaki Perkosa Budak 9 Tahun
Gadis Hamil 3 Bulan, Tak Pasti Dari 5 Lelaki Siapa Bapanya
Gadis Spm Kini Trauma Lepas Terlanjur Dengan 5 Lelaki
Cekup Anak Sendiri Hanya Bertuala Bersama Teman Lelaki Dalam Bilik
Lans Koperal Kunyit Ditahan Sentuh Remaja Lelaki
Lelaki Ditahan Tanam Bayi Kekasih, Namun Dia Bukan Bapanya
Lelaki Nafsu Songsang Ditangkap Intai, Rakam Lelaki Sedang Mandi



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 55
Buah Dada Lelaki Membesar Kerana Makan Makanan Segera
sukawg
112107
Forum Jump: