Buaya Tersekat Tayar Motosikal Di Indonesia

Online
01-11-2018, 10:24 PM,
#1
resim
resim
resim
resim
PIHAK berkuasa pemuliharaan Indonesia kini berusaha mengesan dan menyelamatkan seekor buaya air masin daripada mati tercekik selepas tayar motosikal tersangkut di lehernya. - Foto AFP

PALU: Pihak berkuasa pemuliharaan Indonesia kini berusaha mengesan dan menyelamatkan seekor buaya air masin daripada mati tercekik selepas tayar motosikal tersangkut di lehernya lebih setahun lalu.

Buaya sepanjang empat meter itu sering dilihat di sebatang sungai yang menyusuri ibu kota wilayah Sulawesi Tengah di sini sejak 2016.

Namun, video terbaharu dirakam penduduk tempatan menunjukkan reptilia terbabit bergelut untuk bernafas menyebabkan pegawai bimbang tayar terbabit secara perlahan membunuhnya.

Pakar pemuliharaan percaya seseorang mungkin sengaja meletakkan tayar itu sebagai perangkap untuk menangkapnya untuk dijadikan haiwan peliharaan.

"Tahun lalu, kami melihat masih ada ruang untuk leher buaya bergerak namun kami tidak akan menunggu sehingga tayar itu menjerutnya," kata ketua agensi pemuliharaan tempatan dikenali Haruna.

Haruna berkata, agensi itu kekurangan peralatan sesuai untuk menyelamatkan reptilia itu, menyebabkan cubaan mengesan buaya itu setakat ini gagal.

Pihak berkuasa yang menentang penggunaan pelali, menggunakan perangkap keluli yang diletakkan di dalam sungai ketika paras air cetek. -AFP/BHarian

Possibly Related Threads...
Jangan Risau, Kami Jaga Motosikal Jemaah Solat Jumaat
Penghadang Pada Motosikal Bantu Penunggang Redah Hujan
Kreatif, Ubah Suai Motosikal Honda C70 Harung Banjir
Kecoh Jual Daging Buaya Di Pasar Serian, Boleh Sebenarnya Asalkan Ada Lesen
Viral Kereta Polis Kena Clamp Tayar Di Putrajaya
Seret Maut Hancur Motosikal!
Anak Buaya Masuk Kampung
Ingatkan Buaya Makan Umpan Pancing, Rupanya Kertang Gergasi
Dua Penunggang Maut Motosikal Bertembung
Mahkamah Indonesia Tolak Petisyen Larang Lakukan Zina



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 30
Buaya Tersekat Tayar Motosikal Di Indonesia
sukawg
115057
Forum Jump: