Budak Dakwa Didera, Mata Lebam Ditumbuk Di Rawang, Pengasuh Ditahan

Online
11-23-2017, 07:55 AM,
#1
resim

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Dua individu termasuk seorang wanita ditahan selepas dipercayai mendera kanak-kanak berusia 12 tahun di pusat jagaan di Taman Desa Mas, Bandar Country Homes, dekat Rawang, kira-kira pukul 12 tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, suspek berusia 29 dan 34 tahun tersebut merupakan penjaga di pusat jagaan kanak-kanak berkenaan.

“Kami terima aduan kira-kira pukul 3.30 petang semalam daripada seorang wanita yang merupakan ibu saudara kanak-kanak terbabit.

“Dia mendakwa mangsa dirantai, tidak diberi makan di samping terdapat kesan luka, calar serta lebam di kaki, tangan dan kepala selain kesan bengkak pada bibir dan mata kanak-kanak malang tersebut dipercayai akibat ditumbuk,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Ali, suspek lelaki ditahan reman sehingga Jumaat, manakala suspek wanita dilepaskan dengan kebenaran mahkamah dengan alasan tiada sesiapa menjaga pusat jagaan kanak-kanak diurus mereka.

Tambahnya, mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan dan pemeriksaan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Utusan

Possibly Related Threads...
Budak 16 Tahun Ditahan Edar Dadah Bernilai Rm600,000 Di Rompin
Bunuh, Bakar Tanjung Sepat: Teman Lelaki Anak Mangsa Ditahan, Kes Dianggap Selesai
Ibu Tunggal Rugi Rm5,000 Dipukau Wanita Dakwa Dari Pejabat Agama
Budak Tertembak Senapang Patah, Datuk Dan Pakcik Direman 7 Hari
Budak Maut Tertembak Jadi Kes Bunuh, Sepupu Kata Abang Yang Tembak
Senapang Terjatuh, Budak Sedang Tonton Tv Maut Tertembak
Pasangan Kekasih Jual Anak Kembar Luar Nikah Rm15,000 Ditahan
Lelaki Ditahan Seludup Budak Dalam Dashboard Bmw X5
Pengantin Baru Ditahan Cederakan Pegawai Polis Ketika Majlis Perkahwinan
4 Anggota Polis Ditahan Lepas Viral Kes Pecah Rumah Di Facebook



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 46
Budak Dakwa Didera, Mata Lebam Ditumbuk Di Rawang, Pengasuh Ditahan
sukawg
113846
Forum Jump: