Budak Jumpa Wang Rm467,000 Terapung Di Sungai, Jika Tiada Yang Tuntut Jadi Dia Punya

Offline
12-08-2015, 11:48 PM,
#1
resim
resim
resim
resim

AUSTRIA - Polis Austria sedang menyiasat punca Sungai Danube ‘bertukar warna' dari biru kepada merah dan hijau akibat wang kertas Euro yang bertaburan di permukaan sungai tersebut.

Lebih €100,000 (RM466,577) dalam denominasi €500 dan €100 dikesan terapung di sebahagian kawasan sungai di Vienna itu.

Menurut akhbar Osterreich, kumpulan wang kertas itu ditemukan seorang kanak-kanak lelaki yang kemudian terjun ke dalam sungai untuk mendapatkan wang tersebut.

Orang awam yang berada berdekatan menyangka kanak-kanak tersebut ingin membunuh diri lalu menghubungi polis yang kemudiannya memungut keluar wang kertas tersebut.

Para detektif menolak sebarang kemungkinan wang tersebut berasal dari aktiviti penggubahan wang haram atau mana-mana aktiviti jenayah.

Jurucakap polis, Roman Hahslinger berkata jika tidak ada sesiapa yang tampil untuk menuntut wang tersebut, kanak-kanak lelaki tersebut boleh menuntutnya.

Mengikut undang-undang Austria, sekiranya pemilik asal tidak mengemukakan tuntutan selama satu tahun, kanak-kanak tersebut boleh menuntut wang tersebut.

Sungai Danube berasal dari Black Forest di Jerman dan mengalir sepanjang 1,700 kilometer ke timur melalui Austria dan beberapa negara sebelum berakhir di Laut Hitam. - Awani

Possibly Related Threads...
Gadis-gadis Ketakutan, Parti Bujang Batal Lepas Ada Kelibat Budak Dalam Gambar
Misteri Tebing Yang ' Bertelur' Setiap 30 Tahun Di China
Misteri Bau Busuk Di Pantai Cacar, Gali Lubang Tapi Tak Jumpa Punca
Badan Jadi Belon Kerana Naik Ke Permukaan Terlalu Cepat Ketika Menyelam
Perkara-perkara Yang Dilarang Dilakukan Di Arab Saudi
Apa Jadi Jika Telur Dipecahkan Dalam Laut?
Unik Jual Beli Petai Dengan Berbisik Di Sungai Petani
2 Beradik Aktif Waktu Siang Jadi Lumpuh Sebaik Matahari Tenggelam
Budak Tertelan Berus Gigi Selama Setahun
Rakaman Wanita Tabur Sesuatu Depan Kedai Jadi Viral



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 946
Budak Jumpa Wang Rm467,000 Terapung Di Sungai, Jika Tiada Yang Tuntut Jadi Dia Punya
sukawg
99863
Forum Jump: