Budak Lemas, 3 Lagi Hilang Dihanyut Air Deras Di Langkawi

Offline
10-12-2017, 09:01 PM,
#1
resim
MAYAT salah seorang daripada empat kanak-kanak perempuan yang dihanyutkan arus deras di kawasan air terjun Kampung Buku Lubuk Semilang di Langkawi hari ini berjaya ditemukan oleh anggota bomba dan penyelamat. - IHSAN MEDIA SOSIAL

ALOR SETAR 12 Okt. - Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ditemukan lemas sementara tiga lagi rakan sebayanya masih hilang setelah dihanyutkan arus deras di kawasan air terjun Kampung Buku Lubuk Semilang di Langkawi kira-kira pukul 5 petang tadi.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.01 petang.

“Setiba di lokasi pada pukul 5.16 petang didapati maklumat empat kanak-kanak perempuan dihanyutkan arus deras. Seorang mangsa ditemukan oleh anggota bomba sementara tiga lagi masih hilang,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kerja-kerja menyelamat giat dilakukan.

Difahamkan kejadian dipercayai berlaku akibat kepala air di kawasan itu ekoran hujan lebat. - Utusan


resim
resim
resim
resim
resim
resim

 

Possibly Related Threads...
Wanita 155kg Duduk Atas Budak 9 Tahun Sampai Mati
Rakaman Budak Digigit Anjing Lepas Motor Terbabas
Perodua Kenari Jatuh Sungai, Pemandu Remaja Disyaki Hilang
Pelajar Jatuh Langgar Myvi Sebelum Maut Digilis Satu Lagi Myvi
Budak 3 Tahun Maut Lepas Kepala Digilis Lori Ikan
Budak Tadika Dibakar Hidup-hidup Di Brazil, 4 Maut, 40 Cedera
Budak Setahun Maut Digilis Van Di Kota Kinabalu
2 Lagi Anggota Tldm Cedera Di Bilik Tahanan, 2 Suspek Ditahan
Bakar Tahfiz: 5 Lagi Didakwa Masukkan Syabu, Ganja Dalam Badan
Bakar Tahfiz: 2 Didakwa Bunuh, 5 Lagi Didakwa Ambil Dadah



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 40
Budak Lemas, 3 Lagi Hilang Dihanyut Air Deras Di Langkawi
sukawg
113277
Forum Jump: