Budak Maut Basikal Lajak Dirempuh Waja

Offline
01-21-2018, 08:26 PM,
#1
resim
Keadaan basikal lajak yang dinaiki mangsa (kiri) setelah bertembung dengan sebuah kereta hari ini.

PARIT - Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas basikal lajak yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 37, Jalan Setiawan-Teluk Intan, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, mangsa, Shahzrin Daniel Mohd. Rizal, 11, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Katanya, sewaktu kejadian, mangsa dipercayai sedang menunggang basikal tersebut untuk melintas dari bahagian kanan ke kiri jalan.

"Kereta jenis Proton Waja dipandu lelaki berusia 37 tahun itu sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Hujung Rintis menghala ke Sungai Besar.

"Kereta tersebut tidak sempat brek sebelum merempuh mangsa yang sedang melintas jalan," katanya

Menurut Mohamad Zainal, hasil bedah siasat di Hospital Changkat Melintang dekat sini mendapati kematian mangsa berpunca daripada kecederaan parah pada bahagian kepala.

Siasatan awal mendapati, tiada saksi bebas yang menyaksikan kejadian itu dapat dipanggil untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Kosmo

Possibly Related Threads...
Pelumba Cub Prix Pasukan Yy Pang Maut Kemalangan
Budak Melecur Disambar Api Meninggal Dunia Pagi Tadi
Pengantin Lelaki Maut Hadiah Perkahwinan Yang Dibuka Meletup
3 Sekeluarga Maut Alza Bertembung Triton Di Machang
Bas Terbabas Jatuh Gunung Di Peru, 44 Disahkan Maut
Nahas Tukar Tayar Myvi, 2 Beranak Maut Dirempuh Lori
Myvi Terbabas, Pasangan Warga Emas Maut Di Kulim
Pelajar Maut Motosikal Ditunggang Bertembung Myvi
2 Maut Myvi Rempuh Plaza Tol Batu Tiga Yang Dimansuhkan
Cikgu Lupa Bawa Masuk, Budak Ditemui Mati Beku Di Luar Tadika



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 40
Budak Maut Basikal Lajak Dirempuh Waja
sukawg
115300
Forum Jump: