Budak Sanggup Belanja Rm800 Ubahsuai Basikal Lajak

Offline
01-16-2018, 09:55 PM,
#1
resim
SUPERINTENDAN Mohd Ismail Ibrahim (kanan) melihat tujuh basikal lajak yang dirampas anggota trafik.- Foto Zuliaty Zulkifli

JITRA: Seorang pelajar membelanjakan RM800 wang yang diberi bapanya untuk mengubahsuai basikal miliknya menjadi basikal lajak untuk ke sekolah.

Bagaimanapun, pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah di sini, ditahan bersama enam lagi pelajar lain berusia 13 hingga 15 tahun dalam operasi Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata operasi selama dua jam bermula jam 1.30 petang tadi dilakukan ketika operasi mengesan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan di pekan Jitra, di sini.

Katanya, anggotanya menahan tujuh pelajar terbabit bersama basikal masing-masing untuk tindakan lanjut sebelum memanggil ibu bapa mereka.

"Kita memberi amaran kepada mereka selain memanggil ibu bapa masing-masing untuk mengambil anak mereka selain menasihati pelajar terbabit mengenai bahaya menggunakan basikal lajak ini.

"Saya percaya ramai lagi pelajar menggunakan basikal lajak ini kerana ia menjadi 'trend' semasa," katanya ketika ditemui di IPD Kubang Pasu, di sini hari ini.

Mohd Ismail berkata, siasatan juga mendapati ada ibu bapa yang sanggup mengeluarkan wang untuk membenarkan anak mereka mengubahsuai basikal tetapi tidak sedar bahaya yang akan dihadapi.

"Kita berharap ibu bapa memberi perhatian untuk memastikan anak mereka tidak terjebak dengan penggunaan basikal lajak ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya. - BHarian


resim
resim
resim
resim

Possibly Related Threads...
Budak Melecur Disambar Api Meninggal Dunia Pagi Tadi
Cikgu Lupa Bawa Masuk, Budak Ditemui Mati Beku Di Luar Tadika
Budak Melecur Ibu Tiri Paksa Minum Air Panas Menggelegak
Budak Mati Dipukul Di Port Dickson, Bapa Didakwa Bunuh
Polis Terkejut Budak 9 Tahun Hisap Dadah Di Kelantan
Pemandu Myvi Cabut Lari Lepas Langgar Murid Sekolah Naik Basikal
Budak Mati Dipukul: Leher Nur Aina Pun Digigit
Budak Mati Dipukul: Bapa Seksa Mangsa Ala Komando
Budak Mati Dipukul Di Pd: Dibelasah Lepas Enggan Minum Air Jampi
Muka Budak Dibakar Dakwa Untuk Halau Roh Jahat Dalam Badan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 47
Budak Sanggup Belanja Rm800 Ubahsuai Basikal Lajak
sukawg
115177
Forum Jump: