Bukan Serbu Pengantin, Tetamu Serbu Pelamin Tema Doraemon & Hello Kitty

Offline
01-21-2018, 04:02 PM,
#1
resim
Saiful dan Sakeena disatukan pada majlis yang menghimpunkan minat mereka terhadap Doraemon dan Hello Kitty. Foto Seriheza

resim
Pasangan Saiful dan Sakeena menampilkan kelainan pada majlis perkahwinan mereka. Foto Seriheza

resim
Ramai tetamu menyerbu pelamin. Foto Seriheza

resim
Hantaran buat kedua-dua mempelai. Foto Seriheza

resim
Ruang menyambut tetamu dan ruang bergambar. Foto Saiful Nizam Hassan

resim
Gelang emas turut mempunyai ukiran Hello Kitty. Foto Saiful Nizam Hassan

KLANG: Majlis perkahwinan sepasang pengantin di Meru, Klang minggu lalu menjadi perhatian tetamu bermula dari pintu masuk sehingga ke pelamin.

Kebiasaannya tetamu tidak sabar menunggu pasangan raja sehari yang diraikan untuk bergambar bersama sebagai kenangan, tetapi berbeza pula kali ini.

Begitu jelas apabila sebaik sahaja pengantin turun dari pelamin untuk menemui tetamu yang hadir meraikan mereka, ada yang merebut untuk naik ke pelamin.

“Kami turun saja dari pelamin, dah ramai yang nak naik. Rupa-rupanya ramai dah tak sabar tunggu pengantin turun. Ingatkan nak ambil gambar dengan pengantin.

“Ni penangan pelamin Doraemon dan Hello Kitty. Tapi kami okay saja, memang itu tujuan majlis perkahwinan dibuat untuk pastikan semua orang gembira,” kata pengantin lelaki, Saiful Nizam Hassan, 35 kepada mStar Online pada Ahad.

Tular gambar-gambar majlis perkahwinan Saiful bersama pasangannya, Nur Sakeena Kamarolzaman, 24, yang berinspirasikan kartun Doraemon dan Hello Kitty, hasil kreativiti perancang perkahwinan dan fotografi Seriheza.

Kartun Doraemon dan Hello Kitty menghiasi majlis pasangan mempelai itu untuk acara pernikahan dan persandingan, masing-masing pada Sabtu dan Ahad lalu.

Selain pelamin, ruang menyambut tetamu dan ruang bergambar ‘photo booth’, dua watak kartun popular dari Jepun itu turut menghiasi barangan hantaran kedua-dua pengantin. 

Malah kad jemputan, dua basikal dan dua motosikal, cenderamata buat tetamu termasuk gelang emas untuk acara batal air sembahyang turut berinspirasikan kartun itu. 

Saiful yang merupakan pembantu stor berkata, dia mula mengenali Nur Sakeena sejak 2011, bagaimanapun mereka mula menjalin hubungan secara serius kira-kira tiga tahun lalu.

Pada awal perkenalan, kedua-dua mereka tidak mengetahui masing-masing mempunyai minat yang sama iaitu mengumpul koleksi berinspirasikan kartun.

“Bila dah lama kenal, baru saya tahu Sakeena minat Hello Kitty dan dia tahu saya minat Doraemon. Minat kartun ni merapatkan lagi hubungan kami.

“Jadi, dua minat ini disatukan sebagai idea untuk majlis meraikan kami sebagai suami isteri dengan kerjasama perancang perkahwinan,” katanya.

Dalam pada itu, Saiful memberitahu bahawa pada awalnya mereka turut merancang untuk memakai baju pengantin berinspirasikan Doraemon dan Hello Kitty.

Namun rancangan itu terpaksa dilupakan berikutan sukar untuk menemui kain bercorak Doraemon yang sesuai untuk dibuat baju pengantin lelaki.

“Kami juga patut hiaskan koleksi peribadi seperti patung mainan Doramon dan Hello Kitty di majlis perkahwinan tetapi berisiko ia akan hilang.

“Jadi, kami serahkan kepada perancang perkahwinan untuk menghiasinya. Alhamdulillah, hasilnya cantik dan menarik perhatian tetamu,” kata Saiful yang sehingga masih menyimpan hadiah permainan Doraemon pemberian arwah ibu lebih 20 tahun lalu. - MStar

Possibly Related Threads...
Bukan Biasa-biasa, Gadis Ini Gemar Buru Hantu
Tetamu Kenduri Kahwin Dapat Beras 5 Kilo Seorang
Majikan Bukan Islam Hantar Amah Pergi Umrah
Polis Sahkan Bayi Meninggal Di Johor Bukan Kerana Doula
Gadis Bukan Dilarikan, Tapi Rela Lari Rumah Demi Cinta
Lpt2 Bukan Lebuhraya Cap Ayam
Potong Ayam 12 Bahagian Bukan 20 Punca Pekerja Kena Tampar
Kecoh Pengantin Lelaki Sedang Bersanding Turun Pelamin, Peluk Bekas Kekasih
Pengantin Jadi Viral Lepas Sisip Pistol Mainan Bukan Keris
Tukang Urut Dicekup, Sanggup Mengaku Bukan Islam Elak Ditahan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 38
Bukan Serbu Pengantin, Tetamu Serbu Pelamin Tema Doraemon & Hello Kitty
sukawg
115298
Forum Jump: