Bumbung Pesawat American Airlines Pecah Dan Berlubang Di Udara

Online
10-04-2015, 07:02 AM,
#1
resim
BUMBUNG pesawat American Airlines pecah dan berlubang selepas seorang penumpang terhumban mengenainya susulan pergolakan angin ketika penerbangan. AGENSI

MIAMI 3 Okt. – Bumbung sebuah pesawat komersial dilaporkan pecah dan berlubang baru-baru ini, selepas seorang penumpang terhumban mengenainya akibat pergolakan angin ketika penerbangan berlaku.

Mail Online melaporkan, lima orang penumpang cedera dalam kejadian yang berlaku di dalam pesawat American Flight 982 milik American Airlines itu.

Ketika kejadian, pesawat yang membawa 74 orang penumpang dan lima anak kapal tersebut dalam perjalanan dari Grenada ke Miami, Amerika Syarikat (AS).

American Airlines dalam satu kenyataan berkata, ketika kejadian, lampu tali pinggang keledar telah dinyalakan dan juruterbang langsung tidak menerima sebarang petunjuk kawasan berkenaan mengalami ribut.

“Sebelum ini kami pernah mengalami masalah seperti itu, tetapi tidaklah terlalu kuat.

“Seorang lelaki yang sedang tidur dan tidak mengenakan tali pinggang keledar tercampak dari tempat duduknya sehingga mengenai bahagian siling pesawat,” kata seorang penumpang dikenali sebagai Hayden Redhead.

Bagaimanapun, semua mangsa hanya cedera ringan. - Utusan

Possibly Related Threads...
Pesawat C130 Tudm Mendarat Cemas Tanpa Tayar Di Airport Labuan
Pesawat Terhempas Dalam Sungai Tiada Kebenaran Terbang, Kata Polis
Pilot Maut Pesawat Ringan Terhempas Dalam Sungai Di Tangkak
Bumbung Hotel Avillion Runtuh Angkara Pemanas Air Meletup
Pelajar Ditampar Ustaz Hingga Pecah Gegendang Telinga
Lelaki Pecah Rumah Sekitar Arau Untuk Sara Anak Isteri
Insiden Tangki Air Pecah Di Kompleks Teruntum, Kuantan
Kereta Grab Kena Pecah Dakwa Ganggu Periuk Nasi Pemandu Teksi
3 Pegawai Disiasat Pecah Masuk Pejabat Ketua Pengarah Jpj
Penyamun Hanya Guna Garpu Pecah Masuk Rumah Di Ampang



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 471
Bumbung Pesawat American Airlines Pecah Dan Berlubang Di Udara
sukawg
98697
Forum Jump: