Bunuh, Bakar Tanjung Sepat: Suspek Akan Didakwa Esok

Offline
12-18-2017, 04:06 PM,
#1
Suspek bunuh 4 sekeluarga didakwa esok

resim

SHAH ALAM: Suspek orang kelainan upaya (OKU) yang disyaki membunuh empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Rabu lalu, akan didakwa esok.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, berkata tertuduh berusia 38 tahun itu bakal berdepan lima pertuduhan.

"Suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datuk, Banting mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Dia juga berdepan pertuduhan mendatangkan kecederaan yang didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman, berkata teman wanita suspek terbabit yang juga anak bongsu pasangan warga emas mangsa tidak terbabit dalam kejadian itu.

"Wanita OKU berusia 30 tahun itu juga tidak mengetahui tindakan teman lelakinya membunuh ibu bapa serta dua anak saudaranya," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi Rabu lalu, empat sekeluarga membabitkan dua warga emas dan dua kanak-kanak lelaki maut dipercayai dibunuh dan dibakar.

Lim Mai Shak, 68; Chia Tee Nang, 73; dan dua cucu mereka iaitu Chia Yuan Bin dan Ryan Chia Zeng Xi, masing-masing berusia tiga tahun dan 10 tahun meninggal dunia dalam kejadian itu. - BHarian

Possibly Related Threads...
Polis Cedera Digigit, 4 Beranak Ditahan Lepas Halang Tahan Suspek Dadah
Juruteknik Pergigian Ditemui Mati Di Port Dickson, Kes Jadi Kes Bunuh
Suspek Tampar Wanita Tak Pakai Tudung Sudah Ditahan, Tak Siuman
Lepas Bakar Rumah Sendiri, Lelaki Solat Dalam Rumah Yang Terbakar Di Jengka
Gempar Lelaki Panjat Pintu Gerbang Cuba Bunuh Diri Di Kuching
Berang Tak Dapat Duit Beli Dadah, Anak Felda Jengka Bakar Rumah
Bunuh Isteri Lepas Syak Curang, Lelaki Perak Didakwa Hari Ini
Pukul Sampai Mati, Lelaki Orang Asli Didakwa Bunuh Pakcik Sendiri
9 Maut Dirempuh Di Tapah, Pemandu Lori Didakwa Hari Ini
Peguam Didakwa Keluarkan Wang Rm4 Juta Milik Pelanggan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 33
Bunuh, Bakar Tanjung Sepat: Suspek Akan Didakwa Esok
sukawg
114484
Forum Jump: