Cabul Gadis Kolej Dalam Myvi, Pemandu Grabcar Didakwa

Offline
09-20-2017, 07:23 AM,
#1
resim
Muhamad Izuwan Kamaruddin (kanan) mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mencabul, mengugut dan mencederakan penumpangnya, di Mahkamah Majistret Ampang, semalam.

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Seorang pemandu GrabCar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas tiga pertuduhan mencabul, mengugut dan mencederakan seorang penumpang wanitanya, minggu lalu.

Muhamad Izuwan Kamaruddin, 38, didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang pelajar di sebuah kolej swasta yang berusia 18 tahun dengan niat mencabul kehormatan mangsa.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, bapa kepada seorang cahaya mata itu didakwa melakukan ugutan jenayah dengan niat menyebabkan ketakutan terhadap mangsa sama dan didakwa mengikut Seksyen 506 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Muhamad Izuwan turut didakwa mencederakan mangsa dan didakwa mengikut Seksyen 323 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Kesemua perbua*tan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi, warna hitam, di Hutan Simpan Kompartmen 80, Hulu Langat, Ampang, di sini kira-kira pukul 11.45 pagi, 11 September lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abd. Razak mencadangkan jaminan berjumlah RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan namun Muhammad Izuwan yang tidak diwakili peguam pula merayu jaminan dikurangkan atas alasan dia perlu menanggung keluarga.

Majistret Haslinda A. Raof kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 26 Oktober ini untuk sebutan semula kes. - Utusan

Possibly Related Threads...
Gadis Tingkatan 1 Diperkosa Rakan Wechat Dalam Semak
Gadis Bernama Z Dakwa Diperkosa Kekasih Kakak Lebih 10 Kali
Ibu Didakwa Lacurkan Anak Gadis Sendiri Di Sarawak
Suami Isteri Diburu Perkosa Gadis Di Kajang, Disyaki Lakukan Threesome
Bekas Model Ketagih Dadah Ditahan Dalam Keadaan Bogel
Pakcik Didakwa Cabul Anak Saudara Sendiri
Jurulatih Huang Qiang Didakwa Rogol Atlet Terjun
Jurulatih Rogol Atlet Renang Akan Didakwa Esok
Cikgu Dari Neraka Didakwa Cabul 2 Murid Lelaki
Lelaki Dipenjara 16 Tahun Perkosa Pekerja Ibu Dalam Bilik Air 2 Kali



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 41
Cabul Gadis Kolej Dalam Myvi, Pemandu Grabcar Didakwa
sukawg
112613
Forum Jump: