Cadangan Pm Perlu Hadir Ke Parlimen Untuk Jawab Soalan Akan Diteliti

Offline
10-02-2015, 07:58 AM,
#1
resim

PUTRAJAYA 1 Okt. – Cadangan melaksanakan Prime Minister Question Time seperti di Parlimen Australia perlu diteliti dengan mendalam kerana memerlukan Perdana Menteri meluangkan masa sehari dalam seminggu untuk menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan ahli Parlimen.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbincangan lanjut perlu dibuat berhubung kaedah tersebut kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut terikat dengan pelbagai urusan rasmi, mesyuarat penting di dalam dan luar negara selain menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Menurutnya, sudah menjadi amalan pada masa ini, Perdana Menteri menjawab soalan yang diberikan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) namun ia bergantung kepada jadual pemimpin nombor satu negara itu.

“Amat sukar sekiranya Perdana Menteri perlu membatalkan atau meninggalkan mana-mana mesyuarat penting yang telah dijadualkan terlebih dahulu semata-mata untuk menjawab soalan di Parlimen.

“Selain Perdana Menteri, ramai lagi menteri di JPM yang boleh menjawab soalan-soalan berkaitan. Jadi cadangan ini (Prime Minister Question Time) perlu diteliti dan dibincangkan dengan lebih mendalam,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementerian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk melaksanakan kaedah Prime Minister Question Time di negara ini seperti yang dilaksanakan oleh Parlimen Australia.

Melalui kaedah tersebut, Perdana Menteri Australia meluangkan masa khas sehari dalam seminggu di Parlimen untuk menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan ahli Parlimen.

Ismail menjelaskan, sudah menjadi amalan bagi Perdana Menteri menghadiri sidang Dewan Rakyat pada minggu pertama untuk menjawab sendiri pelbagai soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen

“Jika setiap minggu Perdana Menteri mesti menjawab soalan di Parlimen saya fikir agak sukar jika beliau mempunyai tugasan rasmi terutama di luar negara,'' katanya. - Utusan

Possibly Related Threads...
Wanita Dakwa Miliki 5,000 Pacar Buka Kelas Untuk Goda Lelaki Kaya
Alat Buang Air Kecil Untuk Lelaki Patuh Syariah
Ada Mahu Bayar Zakat Fitrah Untuk 30 Tahun, Kata Amil
Rm285,000 Harga Hotel Untuk 10 Hari Terakhir Ramadan Di Makkah
Gaji Rm273,000 Untuk Pembantu Rumah Sanggup Kerja Di Rumah Berhantu
Kes Bunuh Kadet: Kkm Akan Panggil Doktor Rawat Zulfarhan
Cimb Beri Cuti Sebulan Bergaji Untuk Suami Dapat Anak Sulung
Mindef Jawab Viral Helikopter Nuri Ada Di Bengkel Besi Buruk
Rogol: Butang Kecemasan Penumpang Grabcar Akan Segera Diaktifkan
Puasa Untuk Malaysia Anjuran Pejuang Lgbt?



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 390
Cadangan Pm Perlu Hadir Ke Parlimen Untuk Jawab Soalan Akan Diteliti
sukawg
98657
Forum Jump: