Carian Mh370 Masuki 10,000km Terakhir

Offline
09-19-2016, 05:52 PM,
#1


KUALA LUMPUR 18 Sept. - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dijangka dapat ditemukan dalam kawasan carian 10,000 kilometer persegi terakhir di Lautan Hindi berdasarkan teori drift yang digunakan dan lokasi penemuan serpihan-serpihan pesawat terbabit.



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pasukan pencarian sebelum ini telah melengkapkan pencarian di kawasan seluas 110,000 kilometer persegi daripada 120,000 kilome*ter persegi dan operasi carian dijangka selesai pada Disember ini.

“Kita berharap pesawat MH370 dapat ditemukan di kawasan pencarian dalam tempoh terdekat ini. Lokasi pencarian yang dilakukan berada di kedudukan yang betul berdasarkan teori drift yang digunakan dan melihat kepada lokasi penemuan serpihan pesawat sebelum ini,” katanya selepas merasmikan pertandingan bola keranjang 3 lawan 3 anjuran MCA di pekarangan Wisma MCA, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai perkembangan terkini pesawat MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Tiong Lai berkata, setakat ini sejumlah 22 serpihan telah ditemukan di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania dengan dua serpihan disahkan milik MH370, manakala empat lagi hampir pasti disahkan milik pesawat berkenaan.

“Serpihan yang ditemukan itu telah dihantar ke Australia untuk dianalisis dan disahkan. Ujian yang dijalankan memakan masa. Penemuan serpihan sayap di Tanzania sebelum ini memakan masa dua bulan untuk disahkan.

“Apabila sesuatu serpihan di*temukan, negara-negara lokasi penemuan itu akan mengesahkan terlebih dahulu sama ada ia merupakan serpihan pesawat sebelum menyerahkannya kepada pasukan penyiasat. Tindakan ini diambil kerana kita menerima banyak panggilan berhubung penemuan serpihan di tepi pantai,” katanya.

Beliau berkata, hubungan dan kerjasama antara Malaysia, China dan Australia dalam mencari pesawat terbabit sangat baik terutama dalam perkongsian teknologi pencarian dan maklumat.

“Operasi pencarian dan siasatan kemalangan dilakukan dengan te*lus dan bertanggungjawab. China memberikan sokongan kuat kepada kita untuk melaksanakan dan melakukan operasi ini,” katanya. - Utusan

Possibly Related Threads...
Ocean Infinity Sah Cari Semula Mh370
Laluan Mh370 Sama Seperti Dalam Simulator Kapten Zaharie, Kata Laporan Atsb
Jangan Kaitkan Pembunuhan Konsul Kehormat Malaysia Ke Madagascar Dengan Mh370
2 Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Seychelles
Mh370 Dipercayai Berkubur Di Utara Lokasi Pencarian
3 Tahun Mh370: Maira Terus Merindui Bapa
Hari Ini Genap 3 Tahun Kehilangan Mh370
Kenapa Tak Pintas Pesawat Mh370? Menteri Beri Alasan ' Rahsia'
Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Pantai Afrika Selatan
Siri Dialog Mh370 Dengan Waris Dalam Masa Terdekat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 347
Carian Mh370 Masuki 10,000km Terakhir
sukawg
104845
Forum Jump: