Cemburu Anak Saudara Mesra Dengan Kekasih, Pakcik Mahu Juga

Offline
01-19-2018, 03:12 PM,
#1
resim

CEMBURU melihat kemesraan anak saudara perempuannya dengan kekasih menyebabkan seorang lelaki bertindak mencabul mangsa di tepi jalan berhampiran Sungai Merab di sini.

Kejadian kira-kira 9 malam itu berlaku apabila mangsa keluar minum bersama bapa saudaranya berusia lingkungan 40-an di Bandar Baru Bangi di sini, bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keluarga.

Sumber polis berkata, sebaik tiba di kedai makan itu, suspek terkejut apabila melihat teman lelaki anak saudaranya itu turut berada di premis sama.

“Suspek yang tidak berpuas hati hanya mendiamkan diri sepanjang berada di kedai makan itu sebelum mengajak mangsa pulang ke rumah.

“Mangsa hanya mengikut arahan bapa saudaranya itu sebelum dibawa ke kawasan sunyi. Suspek kemudian bertindak mencabul anak saudaranya itu.

“Suspek kemudian cuba menanggalkan seluar dan baju mangsa yang ketika itu meronta untuk melepas diri.

“Bagaimanapun mangsa terselamat apabila suspek menyangka kereta dinaiki itu dihampiri kenderaan polis,” katanya.

Dia berkata, suspek kemudian memaksa mangsa keluar dari dalam kenderaan itu sebelum dia memecut melarikan diri.

“Mangsa kemudian menghubungi rakannya bagi mendapatkan bantuan selain membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi.

“Siasatan awal polis mendapati suspek sebelum ini pernah menghantar mesej berbaur lucah namun mangsa menganggap ia hanyalah gurauan,” katanya.

Susulan itu usaha memburu suspek giat dijalankan. - Metro

Possibly Related Threads...
Ibu Hanya Biarkan Teman Lelaki Liwat 2 Anak Perempuan Di Setapak
Anak Saudara Ditahan Liwat Pakcik Sendiri Di Terengganu
Bapa Didakwa Hari Ini Kerana Liwat Anak Sendiri
Paksa Anak Telan Pil Cegah Hamil Sebelum Perkosa, Bapa Dipenjara 80 Tahun
Janda Anak 3 Raih Rm7,000 Sebulan Jual Tubuh Di Wechat
Cikgu Wanita Dicekup Dalam Keadaan Aib Dengan Pelajar
Pemuda Dipenjara 10 Tahun Perkosa Kekasih Sendiri Hingga Lahirkan Anak
Konstabel Ditahan Cabul Gadis, Ugut Pasangan Kekasih
Gadis Lahir Bayi Hasil Sumbang Mahram Dengan Ayah Sendiri
Pakcik Didakwa 564 Kali Sumbang Mahram Dengan Anak Saudara Sendiri



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 101
Cemburu Anak Saudara Mesra Dengan Kekasih, Pakcik Mahu Juga
sukawg
115251
Forum Jump: