Ceo Mt. Gox Didakwa Lesapkan 850,000 Bitcoin (rm8 Trilion)

Offline
07-12-2017, 12:06 PM,
#1
CEO bursa Bitcoin tidak mengaku salah lesap ratusan juta dolar

resim

TOKYO – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bursa Mt.Gox yang tidak lagi beroperasi, Mark Karpeles semalam mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengakibatkan kerugian mata wang digital, Bitcoin dan wang tunai bernilai ratusan juta dolar, lapor akhbar harian Nikkei.



Karpeles, 32, yang merupakan warga Perancis, membuat pengakuan itu sebagai menjawab pertuduhan memanipulasi data dan menggelapkan wang, kata akhbar berkenaan.

Pihak pendakwa raya berkata, Karpeles menyalurkan wang kira-kira AS$3 juta (RM12.8 juta) daripada sebuah akaun yang menguruskan dana pelanggan ke dalam sebuah akaun luar antara bulan September hingga Di*sember 2013 dan meningkatkan jumlah simpanan dalam akaun tersebut menerusi operasi tidak wajar dalam bursa Mt.Gox.

Pasukan peguam Karpeles memberitahu mahkamah bahawa dia mengeluarkan pendapatan bursa tersebut dan bukannya dana pelanggan, manakala pertambahan wang itu susulan proses pentadbiran untuk me*nukar Bitcoin dan wang tunai, justeru ia tidak melanggar undang-*undang, demikian menurut Nikkei.

Mt. Gox pernah mengendalikan 89 peratus daripada dagangan Bitcoin dunia tetapi memfailkan perlindungan muflis pada tahun 2014 selepas kehila*ngan kira-kira 850,000 Bitcoin yang ketika itu bernilai sekitar AS$500 juta (RM2.1 bilion) dan wang tunai AS$8 juta (RM34.3 juta) daripada beberapa akaun banknya di Jepun.

Dalam permohonan perintah perlindungan muflis itu, Mt. Gox yang beribu pejabat di Tokyo menyalahkan penggodam-penggodam atas kehila*ngan Bitcoin tersebut.

Mt. Gox kemudian menyatakan bahawa pihaknya telah menemui semula sebanyak 200,000 Bitcoin yang hilang itu.

Kejatuhan bursa itu mendorong kerajaan Jepun bertindak melesenkan bursa mata wang maya. – Reuters/Kosmo

Possibly Related Threads...
Kenyamanan Trading Bitcoin Di Justforex
Bitcoin Speculators Reduced Their Bearish Net Positions
Bitcoin Speculators Slightly Trimmed Their Bearish Bets This Week
Bitcoin Terus Merudum Susut 20 Peratus
Atm Bitcoin Pertama Di Malaysia Ada Di Ipoh
Free Mining Bitcoin Tanpa Modal Melalui Telegram
Indonesia Haramkan Penggunaan Bitcoin
Penggunaan Mata Wang Digital Bitcoin Meningkat Mendadak Di Malaysia
Trading Bitcoin Bersama Mitra Terbaik
Lawatan Ke Kilang Miner Bitcoin Pemegang 3 Peratus Bitcoin Dunia
Offline
01-29-2018, 12:22 AM, (This post was last modified: 02-11-2018, 03:00 AM by astrowan. Edit Reason: link remove - thanks for good artikel )
#2
Pertukaran cryptocurrency berasaskan Tokyo Coincheck Inc pada hari Ahad berkata ia akan memulangkan kira-kira 46.3 bilion yen ($ 425 juta) wang maya yang hilang kepada penggodam dua hari lalu dalam salah satu pencurian wang digital yang paling besar.

Ini berjumlah hampir 90 peratus daripada syiling NEM bernilai 58 bilion yen syarikat itu hilang dalam serangan yang memaksa ia untuk menggantung pada pengeluaran hari Jumaat semua cryptocurrencies kecuali bitcoin.

Coincheck berkata dalam satu kenyataan ia akan membayar kira-kira 260,000 pemilik syiling NEM dalam yen Jepun, walaupun ia masih bekerja pada masa dan kaedah.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 1 <<>> Dilihat: 194
Ceo Mt. Gox Didakwa Lesapkan 850,000 Bitcoin (rm8 Trilion)
sukawg
111343
Forum Jump: