China Mengintip, Bukan Cari Mh370, Kata Pakar

Offline
09-23-2016, 02:34 PM,
#1
resim
Analisis itu berdasarkan kepada buletin operasi yang diterbitkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) mengenai usaha pencarian itu.

KUALA LUMPUR: Pakar keselamatan percaya kapal China, Dong Hai Jui 101 (DHJ101) yang sepatutnya membantu mencari pesawat MAS MH370 yang masih hilang di selatan Lautan Hindi, barat daya Australia, terbabit dalam aktiviti mengintip.

China, yang mempunyai paling ramai warganya sebagai penumpang dalam MH370, menyumbangkan A$20 juta daripada A$180 juta bajet dalam usaha pencarian itu selain menyediakan kapal pencari.

The Australian dalam laporannya membuat susulan mengenai analisis mingguan di buletin operasi diterbitkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) mengenai usaha pencarian itu.

Analisis itu menunjukkan DHJ 101 setakat ini menghabiskan 30 hari, mungkin sekurang-kurangnya 17 hari dalam usaha pencarian itu. Kapal berkenaan akan menghabiskan banyak masanya di Fremantle ketika bukan pada masa tidak sepatutnya atau sebenarnya berada di “utara kawasan pencarian”.

JACC enggan mendedahkan berapa hari yang diambil China untuk mencari MH370.

DHJ 101, dilengkapi dengan pengimejan sonar “towfish”, tiba di Freemantle, 7 bulan lalu. DHJ 101 “mengabaikan” usaha pencarian pada awal Ogos.

JACC melaporkan kapal China akan kekal berlabuh di Freemantle sehingga keadaan cuaca menjadi lebih baik.

Persetujuannya ialah China mungkin menguji teknologi penjejak kapal selam dan mengemas kininya terhadap peralatan dan teknik pencarian dasar laut barat yang moden.

The Australian memetik interaksi antara China dan Australia serta pakar antarabangsa yang terbabit dalam usaha pencarian itu.

Dipercayai, China juga memantau aktiviti tentera bersekutu dan tentera Australia.

Bekas pengarah risikan keselamatan, Clive Williams berkata beliau “akan terkejut jika DHJ 101 tidak ada peranan mengumpul risikan”.

Williams yang kini bersama Australian National University berkata barat Australia menjadi sasaran kerana berada dalam kawasan pelbagai aktiviti pertahanan Australia.

Beliau berkata China mempunyai usaha mengumpul maklumat yang aktif di Australia dan kapal “hospital”, Peace Ark berada di Lautan Hindi bagi aktiviti “pencarian”.

Kapal selam Australia berpangkalan di HMAS Stirling, Perth. Rejimen Pasukan Khas Udara di kawasan pinggir bandar Perth. Prasarana lain termasuk stesen intipan elektronik Komunikasi Satelit Pertahanan Australia di Kojarena, berhampiran Geraldton; dan stesen komunikasi tentera laut North West Cape dekat Exmouth.

Peter Jennings dari Institusi Dasar Strategik Australia berkata nilai sebenar DHJ 101 ialah “mempelajari teknik utama dunia, taktik dan prosedur mengenai operasi mencari dan menyelamat”.

“DHJ 101 bukan dibina untuk menjadi kapal pengumpul maklumat risikan. Tetapi, kapal itu boleh mencatat aktiviti keluar masuk di Freemantle dan HMAS Stirling.”

Katanya, unit maritim China terbabit dalam operasi membanteras lanun di Horn of Africa dan sedang meluaskan pergerakan dan pelaksanaan.

Greg Barton dari Deakin University berkata pencarian MH370 adalah peluang kepada China untuk mengumpul kapasiti isyarat risikan termasuk peralatan hidrofon dan pergerakan kapal selam penjejak.

JACC, Kedutaan China di Canberra dan Konsulatnya di Perth tidak memberi respons terhadap soalan dikemukakan The Australian.

Pada April, Menteri Pengangkutan Darren Chester mengucapkan terima kasih kepada kerajaan China kerana menyumbangkan DHJ 101 dan usaha pencariannya.

Beliau akan menyertai Konsul Jeneral China di Perth, Lei Kezhong untuk melawat kapal itu. - FMT

Possibly Related Threads...
Ocean Infinity Sah Cari Semula Mh370
Laluan Mh370 Sama Seperti Dalam Simulator Kapten Zaharie, Kata Laporan Atsb
Jangan Kaitkan Pembunuhan Konsul Kehormat Malaysia Ke Madagascar Dengan Mh370
2 Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Seychelles
Mh370 Dipercayai Berkubur Di Utara Lokasi Pencarian
3 Tahun Mh370: Maira Terus Merindui Bapa
Hari Ini Genap 3 Tahun Kehilangan Mh370
Kenapa Tak Pintas Pesawat Mh370? Menteri Beri Alasan ' Rahsia'
Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Pantai Afrika Selatan
Siri Dialog Mh370 Dengan Waris Dalam Masa Terdekat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 423
China Mengintip, Bukan Cari Mh370, Kata Pakar
sukawg
104908
Forum Jump: