Cikgu Atau Polis? Ujian Dna Akan Tentukan Siapa Pemilik Tiket Loteri Rm3.7 Juta

Offline
12-31-2017, 03:10 PM,
#1
resim

UJIAN DNA akan menentukan nasib hadiah pemenang loteri bernilai hampir AS$1 juta selepas seorang guru Thai mendakwa dia tiketnya kemenangannya hilang dan hadiah itu kemudiannya dituntut oleh seorang bekas polis.

Satu kontroversi berlaku selepas guru berusia 50 tahun itu, Preecha Kraikruan memfailkan aduan bahawa dia telah hilang lima tiket loteri cabutan bulan lalu.

Pihak berkuasa mendapati hadiah 30 juta baht (AS$920,000) itu telah dituntut oleh anggota polis bersara, Charoon Wimon, 62, di wilayah Kanchanaburi barat.

Dengan kedua-dua pihak mendakwa wang tunai itu adalah hak mereka, polis forensik kini membuat siasatan untuk menentukan cap jari yang sepadan pada tiket.

"Tiada seorang pun yang didakwa dalam kes ini kerana kita perlu menunggu keputusan ujian DNA," kata Timbalan Komander Polis Wilayah Kanchanaburi, Krissana Sapdet, kepada AFP.

Seorang pegawai forensik di jabatan keadilan berkata keputusannya dijangka diperolehi bulan depan.

Loteri yang dikendalikan oleh kerajaan itu, yang dicabut dua kali sebulan, mencetuskan fenomena dalam sebuah kerajaan di mana hampir semua bentuk perjudian lain diharamkan. - MStar

Possibly Related Threads...
Cikgu Tahan Murid Selepas Waktu Pulang, Ibu Bapa Jadi Mangsa Kena Tunggu Lama
Jepun Hasilkan Kereta Elektrik Terpantas Berharga Rm16 Juta
Akan Datang, Setiap Jururawat Wajib Ada Ijazah
Pemilik Kedai Bundle Beri 10 Tan Pakaian Percuma Kepada Pelanggan
Pukul Pelajar Buat Bising, Cikgu Idzahril Akan Dibicara 3 Mei
Polis Buru Lelaki Tendang Warga Emas Tunggang Motosikal Hingga Terjatuh
Cadangan Denda Rm500,000 Atau Penjara 10 Tahun Jika Sebar Berita Palsu
Polis Siasat Viral Rakaman Remaja Campak Kon
Polis Terkejut Pengemis Boleh Jadi Jutawan, Temui Rm3 Juta Wang Tunai
Argentina Tawar Rm17 Juta Cari Kapal Selam Yang Meletup



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 56
Cikgu Atau Polis? Ujian Dna Akan Tentukan Siapa Pemilik Tiket Loteri Rm3.7 Juta
sukawg
114818
Forum Jump: