Cikgu Di Sarawak Ditahan Perkosa Pelajar Sendiri Dalam Kereta

Offline
09-20-2017, 10:56 AM,
#1
resim
SUSPEK guru berusia 51 tahun diiringi anggota polis untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret 1 Kuching. FOTO Mohd Radzi Bujang

KUCHING - Guru sekolah menengah ditahan polis kerana disyaki merogol pelajarnya di Siburan.

Suspek berusia 51 tahun itu ditahan di rumahnya di Tapah dekat Siburan, kira-kira 7 malam semalam.

Dia ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata perbuatan suspek terbongkar selepas remaja perempuan berusia 14 tahun menceritakan kejadian kepada seorang lagi gurunya.

Menurutnya, terkejut dengan pengakuan itu, guru terbabit kemudiannya memaklumkan kejadian kepada ibu mangsa.

"Ibu mangsa yang berusia 44 tahun kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Siburan, pada kira-kira 5 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati mangsa sudah dua kali dirogol oleh suspek di dalam kereta di Siburan antara bulan lalu dan baru-baru ini," katanya di Kuching, hari ini.

Dev berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching di Petra Jaya, hari ini, untuk mendapatkan perintah reman.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan siasatan lanjut masih giat dijalankan polis. - Metro

====

Guru 51 tahun direman 7 hari

MAHKAMAH Majistret Kuching, di Petra Jaya, membenarkan perintah reman tujuh hari, bermula hari ini, terhadap guru yang disyaki merogol pelajarnya di Siburan.

Suspek berusia 51 tahun yang memakai pakaian lokap itu tiba di kompleks mahkamah, pada 9.15 pagi.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Zulhairil Sulaiman selepas dimohon pegawai penyiasat Inspektor Nurliza Md Ruzli.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Berdasarkan laporan polis, ibu mangsa mendakwa suspek telah melakukan hubungan seks dua kali dengan anaknya di dalam sebuah kereta di kawasan terpencil di Siburan di sini. - Metro

Possibly Related Threads...
Gadis Tingkatan 1 Diperkosa Rakan Wechat Dalam Semak
Ibu Didakwa Lacurkan Anak Gadis Sendiri Di Sarawak
Cikgu Jumpa Gambar Pelajar Perempuan Bersama Lelaki Atas Katil
Suami Isteri Diburu Perkosa Gadis Di Kajang, Disyaki Lakukan Threesome
Bekas Model Ketagih Dadah Ditahan Dalam Keadaan Bogel
Pakcik Didakwa Cabul Anak Saudara Sendiri
Ibu Ditahan Paksa Anak Melacur Sebelum Diratah Lelaki 3 Kali
Cikgu Dari Neraka Didakwa Cabul 2 Murid Lelaki
Lelaki Dipenjara 16 Tahun Perkosa Pekerja Ibu Dalam Bilik Air 2 Kali
Ada Kesan Gigit Bongkar Pelajar Diliwat Rakan Lelaki 3 Kali



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 66
Cikgu Di Sarawak Ditahan Perkosa Pelajar Sendiri Dalam Kereta
sukawg
112616
Forum Jump: