Cikgu Idzahril Akan Didakwa Kerana Pukul Pelajar

Offline
01-07-2018, 03:37 PM,
#1
resim
Cikgu Idzahril bakal dihadapkan ke mahkamah di Pulau Pinang pada Selasa ini.

PETALING JAYA: Selepas kes Cikgu Azizan yang diheret ke mahkamah baru-baru ini, kini seorang lagi guru bakal dihadapkan ke mahkamah gara-gara memukul pelajarnya dipercayai kerana masalah disiplin.

Difahamkan, Cikgu Idzahril akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang pada Selasa ini di atas dakwaan berhubung kejadian yang berlaku pada 2 Ogos lalu.

Sejak Sabtu, kisah Cikgu Idzahril mendapat perhatian netizen termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan kebanyakannya memberi sokongan terhadapnya sambil mewujudkan tanda pagar #pray4cikguidzahril.

Ketua Penerangan GPMS Pulau Pinang, Azdy Mohd Arshah dalam kenyataan di halaman Facebook GPMS pada Sabtu berkata, Cikgu Idzahril sebelum ini hadir ke mahkamah dan dikenakan ikat jamin sebanyak RM4,000.

“Ingatkah kita tentang kisah duka Cikgu Azizan yang dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini? Kini Cikgu Idzahril berdepan dengan kisah yang sama, malah jauh lebih teruk lagi kerana beliau kini sedang dibicarakan. 

“Cikgu Idzahril bakal dihukum oleh mahkamah. Jasa beliau sebagai pendidik selama 29 tahun juga bakal lenyap sekiranya mahkamah mendapati beliau bersalah. Pastinya seorang insan yang banyak berjasa ini akan hilang segala-galanya. 

“Hilang kerja, gaji, pencen dan maruah sebagai seorang yang dihormati masyarakat. Inilah nasib yang bakal dihadapi oleh seorang insan bernama guru,” katanya.

Sementara itu, Presiden GPMS, Zambri Mohd Isa ketika dihubungi mStar Online berkata, solidariti yang dibuat sebagai tanda sokongan moral kepada Cikgu Idzahril.

Walaupun gabungan itu memberi tumpuan kepada pelajar, tetapi Zambri menjelaskan mereka turut memperjuangkan pendidikan yang mana membabitkan guru sebagai pendidik.

“Kita melihat isu guru juga sebagai isu pendidikan. Kalau guru-guru pun terkesan nak mengajar, maka ia akan memberi kesan kepada sistem pendidikan.

“Kalau kita biarkan semua guru naik turun mahkamah, nanti masa depan pelajar pula macam mana? Ia akan memberikan kesan secara tidak langsung,” katanya.

Bagaimanapun Zambri menegaskan, GPMS menghormati proses perundangan di negara ini, dan kehadiran mereka dan orang ramai di mahkamah Selasa ini sebagai tanda sokongan kepada Cikgu Idzahril. 

“Kita percaya mahkamah akan memberi keadilan yang sewajarnya kepada beliau dan kita berharap ada pertimbangan di pihak pendakwa raya dan mahkamah,” katanya.

Difahamkan, Cikgu Idzharil merupakan guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Pulau Pinang dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. - MStar

====


resim

Nama : Noor Idzahril bin Ahmad
Jawatan : Guru Bahasa Inggeris SK Sg Acheh, Pulau Pinang
Pengalaman Mengajar : 29 Tahun
Kes Dakwaan : Hukuman Jenayah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Nibong Tebal
Dakwaan Kesalahan : Memukul pelajar.
Kes berlaku di Sk Seri Sentosa Nibong Tebal

Possibly Related Threads...
Rakaman Pekerja Indon, Bangla Bergaduh Kerana Berebut Lif
Cikgu Tahan Murid Selepas Waktu Pulang, Ibu Bapa Jadi Mangsa Kena Tunggu Lama
Akan Datang, Setiap Jururawat Wajib Ada Ijazah
Bil Elektrik Masjid Rm30,000 Sebulan Kerana Belum Tukar Status Tarif
Beratus Restoran Kfc Ditutup Kerana Tak Cukup Ayam
Isteri Minta Cerai Kerana Suami Enggan Belikan Kebab
Pukul Pelajar Buat Bising, Cikgu Idzahril Akan Dibicara 3 Mei
Pecah Digilis Kereta Ketika Selfie, Jokowi Gantikan Telefon Pelajar
Polis Sahkan Bayi Meninggal Di Johor Bukan Kerana Doula
Rakaman Cctv Dedah Pelajar Bunuh Diri Memang Ambil Iphone Cikgu



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 93
Cikgu Idzahril Akan Didakwa Kerana Pukul Pelajar
sukawg
114975
Forum Jump: