Cikgu Nyaris Maut Cangkul Dibaling Tembus Cermin Pajero

Offline
01-16-2018, 10:51 PM,
#1
resim
Keadaan cermin hadapan kereta Muhammad Naziree pecah teruk akibat dibaling dengan cangkul.

PASIR MAS - Seorang guru nyaris maut selepas pacuan empat roda yang dipandunya terkena lemparan sebatang cangkul dalam kejadian di Kampung Apa-Apa, Gelang Mas di sini awal pagi tadi.

Kejadian jam 5.45 pagi itu, berlaku ketika mangsa Muhammad Naziree Osman,39, dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai, Kuala Krai.

Menurutnya, dia masih lagi trauma dengan kejadian itu, namun lega kerana tiada sebarang kecederaan dialami.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

"Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dan ternampak dua lelaki yang tidak dikenali berdiri di tepi jalan.

"Salah seorang dari mereka telah membaling sebatang cangkul ke arah kereta mangsa menyebabkan cermin hadapan pecah," katanya.

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Kejadian yang menimpa Muhammad Naziree mulai tular dilaman sosial selepas statusnya berkenaan kejadian tersebut dikongsi oleh orang ramai. - Sinar

===

Pajero selepas menukar cermin hadapan.

resim
resim

Possibly Related Threads...
Pelumba Cub Prix Pasukan Yy Pang Maut Kemalangan
Pengantin Lelaki Maut Hadiah Perkahwinan Yang Dibuka Meletup
Curi Iphone Cikgu: Keluarga Mahu Tengok Sendiri Cctv
3 Sekeluarga Maut Alza Bertembung Triton Di Machang
Bas Terbabas Jatuh Gunung Di Peru, 44 Disahkan Maut
Nahas Tukar Tayar Myvi, 2 Beranak Maut Dirempuh Lori
Myvi Terbabas, Pasangan Warga Emas Maut Di Kulim
Pelajar Maut Motosikal Ditunggang Bertembung Myvi
2 Maut Myvi Rempuh Plaza Tol Batu Tiga Yang Dimansuhkan
Cikgu Lupa Bawa Masuk, Budak Ditemui Mati Beku Di Luar Tadika



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 47
Cikgu Nyaris Maut Cangkul Dibaling Tembus Cermin Pajero
sukawg
115180
Forum Jump: