Cikgu Patah Jari Lepas Pelajar Hayun Kerusi Di Melaka

Offline
08-11-2017, 03:16 PM,
#1
resim

MELAKA: Seorang guru menderita selepas jarinya patah akibat dipukul dengan kerusi oleh seorang pelajar 14 tahun, yang ditegur kerana mengeluarkan kata kesat dalam kelas.

Dalam laporan The Star, pengerusi persatuan ibu bapa di Melaka (Magpie) Mak Chee Kin berkata beliau diberitahu oleh saudara guru itu bahawa pelajar itu mengeluarkan kata-kata menghina seperti “bo.doh” terhadap guru itu.

Apabila guru memintanya berhenti berkata kesat, pelajar itu enggan mendengar sebaliknya mencabar guru memukulnya.

Menurut saudara guru itu, guru itu kemudian menampar pelajar itu, yang membalas dengan menghayun kerusi ke arahnya.

Laporan mengatakan guru itu membuat laporan polis susulan kejadian itu yang berlaku pagi Isnin lepas.

Bagaimanapun, Mak berkata pengurusan sekolah meminta guru menarik balik laporannya.

Mak menambah guru itu kini trauma dan berharap tidak perlu kembali ke sekolah. 

Mak mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil terhadap pelajar itu.

Menurut laporan itu lagi, Mak berkata beliau akan bangkitkan hal itu kepada Jabatan Pendidikan Negeri. - FMT

Possibly Related Threads...
Cikgu Tendang Murid Kerana Berlari Di Kaki Lima Kelas
Penunggang Motor Dipenjara 6 Bulan Halang Pengiring Tyt Melaka
Culik Faralysa: Pelajar Politeknik Disyaki Balas Dendam, Ibu Mangsa Warden Asrama
Gadis Ditetak Teman Lelaki Lepas Cemburu Ada Lelaki Lain
Jari Hancur Terkena Mercun Bola Mahu Halau Babi Hutan
Budak Hilang Dilarikan Lepas Rumah Diceroboh, Sudah Ditemui
Abang Putus Tangan Ditembak Adik Lepas Syak Jalin Hubungan Dengan Isterinya
Amoi Patah Hidung Ditumbuk Pemandu Grabcar
Potong Tak Lepas, Myvi Remuk Tinggal Separuh Bertembung Lori
Adik Maut, Kakak Kritikal Lepas Disengat Tebuan Di Dungun



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 50
Cikgu Patah Jari Lepas Pelajar Hayun Kerusi Di Melaka
sukawg
111957
Forum Jump: