Cikgu Wanita Rugi Rm1,850 Ditipu Ada Waran Tangkap

Offline
01-21-2018, 07:05 AM,
#1
resim

SIBU 20 Jan. - Seorang guru wanita kerugian RM1,850 selepas diperdaya sindiket yang mendakwa kononnya penjawat awam itu memiliki waran tangkap atas ke­salahan langgar lari.

Ketua Polis daerah, Asisten Komissioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, penipuan tersebut menggunakan modus ope­randi biasa, sama seperti kes Macau Scam yang banyak dilaporkan sebelum ini.

Katanya, penipuan itu bermula apabila mangsa berusia 40 tahun dikatakan dihubungi seorang anggota polis trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching me­nyatakan butiran kad pengenalan mangsa ada terlibat dengan kes langgar lari.

“Bukan itu sahaja, kad pe­ngenalan mangsa didakwa digunakan seorang lelaki India yang membuka 23 akaun bank dengan salah satunya mempunyai wang haram berjumlah RM2.8 juta.

“Mangsa kemudiannya disam­bungkan kepada seorang lagi individu yang kononnya anggota polis sebelum memaklumkan mah­kamah telah mengeluarkan waran tangkap dan diminta membayar RM3,000 bagi menyelesaikannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa kemudiannya diminta menghubungi seorang pegawai polis untuk menyelesaikannya namun guru itu memaklumkan tidak memiliki wang yang cukup seperti diminta.

“Bagaimanapun mangsa te­lah memindahkan wang seba­nyak RM1,850 ke dalam satu akaun bank CIMB yang diberikan kepadanya yang didaftarkan atas nama Muhammad Syahmi Aiman.

“Kemungkinan disebabkan pa­nik, mangsa terpedaya hingga memindahkan wang untuk menyelesaikan waran tangkap itu yang tidak wujud,” jelasnya.

Stanley berkata, suspek belum dikenal pasti dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam pada itu, beliau me­minta orang ramai agar tidak panik dan mudah percaya dengan panggilan-panggilan sedemikian.

“Sekiranya menerima panggilan itu, pergi ke balai polis terdekat untuk menyemak kebenarannya,” ujarnya. - Utusan

Possibly Related Threads...
Curi Iphone Cikgu: Keluarga Mahu Tengok Sendiri Cctv
Amah Mati Didera Di Penang, Wanita Tua Didakwa Membunuh
Amah Mati Didera, Wanita Tua 60 Tahun Akan Didakwa Bunuh Esok
Cikgu Lupa Bawa Masuk, Budak Ditemui Mati Beku Di Luar Tadika
Remaja Tahan Sakit Besi Tangkap Ikan Tembus Tapak Tangan
Wanita Ditemui Mati Gantung Diri Pada Tingkap Di Sabah
Pengawal Wanita Dibelasah 3 Lelaki Lepas Larang Kawan Masuk Kondo
Wanita Diperkosa Maut Alat Sulit Dirodok Dengan Jek Kereta
Rakaman Cctv Kabur, Belum Pasti Vasanthapiriya Yang Curi Iphone Cikgu
Nasi Lemak Bertaburan Dirempuh Honda Civic Dipandu Wanita



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 26
Cikgu Wanita Rugi Rm1,850 Ditipu Ada Waran Tangkap
sukawg
115286
Forum Jump: