Cimb Beri Cuti Sebulan Bergaji Untuk Suami Dapat Anak Sulung

Offline
06-18-2017, 03:27 PM,
#1
resim
resim

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd memberi cuti paterniti berbayar selama sebulan kepada kakitangan lelaki yang mendapat anak pertama, berkuat kuasa hari ini.

Dasar yang ditambah baik itu membolehkan golongan bapa meluangkan lebih banyak masa bersama anak pertama mereka di samping berkongsi tanggungjawab bersama isteri.

Mengikut dasar baharu itu, cuti paterniti berbayar dinaikkan daripada tiga hari bekerja berturut-turut kepada sebulan (30 hari berturut-turut).

Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin, berkata dasar berkenaan adalah pelengkap kepada Program Peremajaan Kakitangan yang membenarkan kakitangan CIMB mengambil hingga enam bulan cuti tidak berbayar atas sebab peribadi.

Ia termasuk melanjutkan tempoh cuti bersalin dan cuti paterniti dengan mengekalkan jawatan semasa atau senioriti mereka di syarikat itu.

"Inisiatif ini selaras dengan usaha CIMB yang sentiasa meningkatkan kebajikan pekerja melalui dasar kesaksamaan gender.

"Ini adalah satu lagi inisiatif dalam menunjukkan bagaimana CIMB menghargai kakitangannya dengan memastikan ia mendapat sokongan dalam usaha mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan seharian.

"Ia sekali gus mencerminkan usaha keseluruhan kami untuk melaksanakan amalan terbaik global dalam pengurusan sumber manusia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, CIMB sebelum ini memperuntukkan hingga RM1 bilion bagi pinjaman perumahan tanpa faedah untuk tempoh pinjaman lima tahun pertama serta pelbagai lagi manfaat lain.

Pendekatan yang diambil bagi membantu kakitangan berpendapatan rendah menguruskan tanggungjawab bulanan mereka. - BHarian

Possibly Related Threads...
Anak Kucing Dikerat-kerat, Dicampak Depan Pintu Di Sekinchan
Anak Mati Dalam Pusat Serenti, Ibu Dapat Ganti Rugi Rm305,000
Anak Tiada Dokumen Gara-gara Ibu Bapa Terlanjur Dan Tak Mahu Kahwin
Tunafoto Adalah Maksud Untuk Photobomb, Kata Dewan Bahasa & Pustaka
Malas Pergi Tandas, Ibu Suruh Anak Kencing Dalam Mangkuk
Cikgu-cikgu Kurang Pandai Dipecat, Gagal Peperiksaan Untuk Murid 6 Tahun
Pencuri Pun Makin Canggih, Paksa Imbas Kod Qr Untuk Tuntut Bayaran
Denda Lewat Daftar Anak Naik Dari Rm50 Kepada Rm1,000
Dapat Nombor Lepas Sembahyang, Lelaki Menang Rm20 Juta
Anak Panda Gergasi Nuan Nuan Faham Cakap Melayu



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 107
Cimb Beri Cuti Sebulan Bergaji Untuk Suami Dapat Anak Sulung
sukawg
110948
Forum Jump: