Cintai Penagih Dadah Makan Diri, Kini Derita Hiv

Offline
01-12-2018, 11:00 AM,
#1
resim
Yani sedih mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.

resim            
Jiran yang prihatin sering membantu Yani jika ditimpa masalah.

JERANTUT - Seorang wanita tidak menyangka keputusan memilih penagih dadah sebagai suami akhirnya memakan diri apabila dia disahkan positif HIV ketika, tujuh tahun lalu.

Yani, 40, (bukan nama sebenar) nekad dengan keputusan itu dan tentangan diterima daripada keluarga tidak dihiraukannya hanya kerana percaya kepada janji lelaki berkenaan.

Menurutnya, tuntutan cerai bagaimanapun dilakukan pada tahun sama disahkan mengidap virus itu meskipun sedar dirinya mengandung anak kelima.

“Ketika kami masih bersama, suami menjadikan rumah sebagai sarang penagihannya dan sanggup ambil dadah di hadapan anak-anaknya sendiri tapi selepas bercerai, saya bersama anak-anak pindah ke rumah baru yang lebih dekat dengan sekolah dan kadar sewa RM150 sebulan.

“Penceraian saya disahkan masa anak bongsu berusia lapan bulan dan selepas itu saya terpaksa buat macam-macam kerja untuk tampung kehidupan keluarga dan anak-anak yang masih bersekolah,” katanya.

Terpaksa berhenti kerja

Yani berkata, pada 2016, disebabkan keadaan kesihatannya semakin teruk dia terpaksa berhenti bekerja kerana perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Majikan pun tak mahu ambil saya bekerja sebab selalu sangat cuti sakit. Tak mengapalah, saya faham. Jadi, saya sekarang hanya bergantung bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 untuk bayar sewa rumah dan beli keperluan lain.

“Sejak setahun lepas juga saya tak dapat masak untuk anak-anak kerana penyakit saya ini. Selalunya kami beli di luar. Itu pun jika ada duit, jika tidak, saya akan ikat perut sementara anak-anak akan meminta nenek mereka menghantarkan makanan,” katanya.

Bercerita lanjut tentang penyakitnya itu Yani berkata, dia bersyukur anak-anaknya tidak dijangkiti penyakit itu.

Namun dia terkilan dan sedih kerana tidak dapat menyusukan anak bongsunya yang dilahirkan tujuh tahun lalu ekoran penyakit ditanggungnya itu.

“Selepas bersalin, saya dan anak diasingkan. Saya tidak dibenarkan menyusukan anak dan dia  kini dijaga oleh kakak.

“Kadang-kadang kakak akan bawa anak itu  untuk berjumpa dengan saya. Saya tak dapat ke rumah kakak sebab saya tak ada kenderaan dan rumah kakak juga jauh,” katanya.

Bercerita tentang rawatan yang diterimanya, Yani berkata, hampir setiap bulan dia akan dimasukkan ke hospital berikutan badannya yang semakin lemah.

“Kadang-kadang saya hilang selera makan dan badan menjadi lemah. Saya terpaksa dimasukkan ke hospital paling kurang selama seminggu dan paling lama selama sebulan,” katanya yang bergantung kepada enam jenis ubat yang dibekalkan pihak hospital untuk diambil setiap hari.

Anak memahami, tak dipinggir jiran

Yani bagaimanapun bersyukur kerana empat anaknya yang kini sudah berusia antara 13 hingga 20 tahun yang tinggal bersamanya tidak pernah merasa jijik untuk menguruskan dirinya  walaupun tahu penyakit yang dihidapinya.

“Anak sulung saya bekerja di kedai mencuci kereta dengan pendapatan sekitar RM900 sebulan namun cukup menampung perbelanjaan dirinya.

“Anak kedua berusia 17 tahun sering membantu menghantar saya ke hospital setiap kali saya sakit. Disebabkan dia kerap tidak hadir ke sekolah kerana membantu saya, jadi tahun ini dia terpaksa berhenti dari bersekolah,” katanya.

Dia juga bersyukur memiliki satu-satunya anak perempuan berusia 15 tahun yang diharapkan untuk membantu menguruskan urusan seharian rumah.

“Saya harap anak perempuan saya ini akan bantu menjaga adik-beradiknya apabila saya sudah tiada nanti,” katanya.

Selain bersyukur memiliki anak-anak yang memahami, dia juga bersyukur memiliki jiran yang tidak meminggirkannya walaupun mengetahui penyakit yang dihidapinya itu.

“Saya sendiri akan sentiasa memastikan anak saya tidak dijangkiti penyakit saya seperti mengasingkan minuman dan menjaga perkara-perkara yang boleh mengakibatkan jangkitan,” katanya.

Penderitaan wanita itu mendapat simpati jiran wanita yang berusia 68 tahun dan sering membantu Yani setiap kali ditimpa masalah.

“Pada saya, apa yang berlaku ke atasnya bukanlah kehendaknya. Kita juga tak tahu apa pula nasib kita nanti kerana penyakit itu bukanlah berpunca daripada kesilapannya sendiri.

“Sebagai jiran, saya tak meminggirkannya kerana penyakitnya itu. Kadang-kadang bila saya dengar dia menangis, saya akan tanya khabar,” katanya yang juga berharap agar masyarakat turut tidak meminggirkan golongan sebegini. - Sinar

Possibly Related Threads...
Warga Emas Cuba Bunuh Diri Pandu Lawan Arus Di Npe
Caj Parking Dalam Sekolah, Pibg Nafi Makan Duit Haram
Lepas Sejuk Macam Korea, Kuala Pilah Kini Kembali Panas
Makan Pasir Sejak 10 Tahun Lalu Rahsia Jadi Sihat, Kata Nenek
25 Tahun Jadi Pondan, Lelaki Kini Nekad Berubah
Bayi Perlu Makan 108 Pil Sehari Meninggal Dunia
Gadis Paling Berbulu Kini Sudah Cukur Bersih, Sudah Bersuami
Pengawal Keselamatan Cantik Kini Dalam Dilema
Tahfiz Dibakar: Remaja Dilepas Tanpa Dibebaskan Tuduhan Dadah
Lelaki Hisap Dadah Kerana Ada Jin Yang Suruh, Katanya



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 46
Cintai Penagih Dadah Makan Diri, Kini Derita Hiv
sukawg
115061
Forum Jump: