Cubaan Warga Emas Gantung Diri Gagal, Sempat Diselamatkan

Offline
02-11-2018, 03:11 PM,
#1
resim
Cucu mangsa menafikan datuknya berdepan masalah kewangan.

KUCHING - Cubaan seorang warga emas untuk menamatkan riwayat hidupnya dengan menggantung diri gagal selepas dia sempat diselamatkan orang awam yang kebetulan melalui bulatan Jalan Astana di sini lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisoner Abang Ahmad Abang Julai berkata, lelaki berusia 72 tahun itu cuba menggantung diri pada dahan sebatang pokok di sini kira-kira pukul 6.55 petang.

"Bagaimanapun, orang awam yang kebetulan melalui jalan itu segera menyelamatkannya dan menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

"Keadaan mangsa kini dilaporkan sudah stabil, namun masih lagi lemah dan sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS)," katanya ketika dihubungi tadi.

Menurutnya, mangsa dikatakan mempunyai masalah Parkinson sejak pertengahan 2016.

Katanya, mangsa juga sering bercakap seorang diri dan berperangai pelik. - Kosmo

Possibly Related Threads...
Myvi Terbabas, Pasangan Warga Emas Maut Di Kulim
Pencuri Motor Dengan Rela Serah Diri Lepas Tertinggal Mykad
Tak Sempat Lari, Lelaki Patah Kedua Kaki Dihempap Pokok Yang Ditebang
Wanita Ditemui Mati Gantung Diri Pada Tingkap Di Sabah
Warga Emas Cedera Diserang Babi Setinggi 1 Meter Di Kuala Pilah
Pengurus Ar-rahnu Didakwa Pecah Amanah Rm400,000 Emas Digadai Pelanggan
Tertekan Hidup Dengan 3 Isteri, Lelaki Nekad Gantung Diri
Tegur Jangan Siram Air, Warga Emas Putus 3 Jari Ditetak
Suspek Serah Diri Dengan Mayat Kekasih Ambil Cuti Sakit Pada Hari Kejadian
Serah Diri Dengan Mayat Kekasih: Bergurau Mahu Kahwin Lelaki Lain Jadi Punca



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 21
Cubaan Warga Emas Gantung Diri Gagal, Sempat Diselamatkan
sukawg
115789
Forum Jump: