Culik Pastor Koh: Nombor Plat Kenderaan Suspek Tiada Dalam Rekod

Offline
10-20-2017, 04:13 PM,
#1




resim

KUALA LUMPUR: Siasatan awam hari ini diberitahu yang nombor plat 3 kenderaan didakwa digunakan dalam penculikan Pastor Raymond Koh tidak dijumpai dalam rekod pendaftaran kenderaan.



Isteri Koh, Susanna Liew Sow Yoke hari ini memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) itu yang polis fikir nombor plat 3 kenderaan itu palsu.

Hari ini hari kedua siasatan. Liew tampil sebagai saksi ke-2.

Koh, 62, diculik daripada keretanya oleh sekumpulan 10 individu menaiki konvoi kenderaan di Jalan Persiaran Tropicana, Petaling Jaya 13 Februari lalu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan sekurang-kurangnya 3 kenderaan utiliti rekreasi (SUV) terlibat dalam penculikan itu.

Terdapat spekulasi yang penculikan itu mungkin berkait rapat dengan dakwaan Koh cuba menyebar ajaran Kristian tetapi dakwaan itu dibantah keluarganya.

Kata Liew, polis memintanya berjumpa SAC Fadzil Ahmad dan pegawai lain di ibu pejabat polis Petaling Jaya pada 6 Mac.

“Pada 3.45 petang saya bertemu SAC Fadzil di bilik mesyuarat dan memberitahu saya polis tiada petunjuk besar dalam kes itu,” katanya.

Beliau kemudian diberitahu yang polis mengumpul beberapa gambar daripada kamera CCTV yang dipasang pada papan iklan berdekatan tempat berlakunya penculikan itu.

“Saya ditunjukkan gambar 3 kenderaan: Honda Accord (ST5515D) milik Raymond, kenderaan pikap (nombor plat bermula dengan WC) dan Toyota Unser (nombor plat bermula dengan BKB).

“Nombor plat kereta itu sangat jelas dan apabila saya bertanyakan jika nombor plat itu sudah dijejaki, Fadzil berkata nombor plat tersebut tidak wujud dalam rekod pendaftaran, memaksudkan nombor plat kenderaan-kenderaan itu palsu,” katanya.

Tarikh di mana gambar itu diambil juga tidak diperoleh, tambahnya lagi. - FMT

Possibly Related Threads...
Remaja Mengadu Sakit, Rupanya Ada Sekilo Kayu, Plastik Dalam Perut
Nombor Plat T1m 11 Milik Pm Najib
Doktor Keluarkan Belut Dari Dalam Perut, Dimasukkan Ikut Dubur
Kuda Ditahan Dalam Lokap Lepas Tendang Wanita
Rakyat Malaysia Paling Setia Dalam Bercinta, Kata Kajian
Barang Kemas, Wang Tunai Ditemui Dalam Timbunan Sampah Banjir
Kucing Liar Jadi Suspek Kes Cubaan Bunuh Di Jepun
Wanita Lahirkan Kembar 5, Ianya Satu Dalam 60 Juta
Sembur Mpsj: Suspek Ditahan, Mangsa Penguatkuasa Sama Diserang Amoi Stereng Lock
Suspek Tendang Penganalisis Bnm Di Jejantas Ditahan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 320
Culik Pastor Koh: Nombor Plat Kenderaan Suspek Tiada Dalam Rekod
sukawg
113418
Forum Jump: