Dakwaan Penggunaan Senjata Kimia Palsu - Putin

Offline
03-12-2018, 04:39 AM,
#1
Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan bahawa dakwaan tentera kerajaan Syria menggunakan senjata ki­mia terhadap penduduk awam di negara itu adalah palsu dan ‘dilakukan’ untuk melindungi kumpulan pengganas.

Menurut agensi berita Sana, Putin menerusi satu temu bual dengan saluran NBC TV memaklumkan, Rusia yang juga ‘sekutu’ Syria dalam kempen memerangi pengganas di negara itu mempunyai maklumat sahih mengenai rancangan kumpulan pengganas melancarkan sera­ngan senjata kimia, dan kemudiannya me­nuduh tentera Sy­ria melakukannya.

Jelas beliau, rancangan itu menyaksikan tentera Syria ‘digunakan untuk melindungi’ tindakan kejam kumpulan pengganas, selain mempengaruhi kuasa antarabangsa menentang tentera kerajaan negara tersebut.

Putin turut mengkritik siasatan yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung penggunaan senjata kimia di Syria yang me­nyalahkan kedua-dua pihak.

“Tuduhan bahawa Rusia meng­halang siasatan PBB terhadap penggunaan senjata kimia di Syria adalah satu penipuan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru supaya satu siasatan penuh berhubung perkara tersebut dilakukan, termasuk serangan udara yang dilancarkan oleh pasukan tentera pakatan yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) di bandar Raqa, Syria dan Mosul di Iraq.

Katanya, mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab melakukan kesemua perkara itu perlu menerima hukuman setimpal.

Dalam perkemba­ngan berkaitan, tentera Syria meneruskan operasi mereka hari ini untuk menguasai keseluruhan wilayah Ghouta Timur iaitu sehari selepas menyekat bandar Douma.

Menurut Pemantau Hak Asasi Kemanusiaan Syria, pasukan tentera kerajaan turut menyekat laluan yang menghubungkan Douma dengan Harasta, selain menawan Misraba.

“Tentera Syria memecahkan Ghouta Timur kepada tiga bahagian iaitu Douma, Harasta di bahagian barat dan beberapa pekan lain di selatan,” jelas kumpulan itu menerusi kenya­taan.

Biarpun tente­ra Syria berjaya menguasai Ghouta Timur, serangan demi serangan ma­sih berlanjutan de­ngan menyaksikan sekurang-kurangnya 20 penduduk awam termasuk empat kanak-kanak terkorban di Douma, semalam.

Keadaan itu menyebabkan jumlah kematian penduduk awam di Ghouta Timur ketika ini mencecah 1,031 orang termasuk 219 kanak-kanak manakala lebih 4,350 cedera. – AFP/AGENSI

Possibly Related Threads...
As Sedia Serang Syria Halang Serangan Kimia
Assad Tidak Bijak Guna Senjata Kimia - As
Bom Berisi Kala Jengking Hidup Senjata Terbaru Kumpulan Is



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 33
Dakwaan Penggunaan Senjata Kimia Palsu - Putin
NorCun
116269
Forum Jump: