Dapat Mimpi Pelik Sebelum Jumpa Tapak Purba Majapahit

Offline
02-10-2018, 08:07 AM,
#1




resim
Seorang penduduk tempatan melihat susunan batu-bata yang dipercayai milik Kerajaan Majaphit di Desa Kedung Bocok.

resim
resim
resim
resim

JAKARTA - Seorang petani di Jawa Timur tidak menyangka kawasan kebun di belakang rumahnya adalah tapak bersejarah peninggalan Kerajaan Majapahit.

Paiman, 73, berkata, sehari sebelum penemuan itu dia telah bermimpi didatangi seorang wanita tua memintanya untuk segera melakukan penggalian tanah di kebunnya yang terletak di Desa Kedung Bocok, Sidoarjo.

"Pada mulanya saya anggap ia sebagai mainan tidur sahaja. Tetapi keesokan harinya, semasa sedang menggali tanah, tiba-tiba cangkul terkena objek keras.

"Selepas digali, saya menemui struktur batu-bata yang disusun dengan kemas.

"Setelah diukur, panjangnya mencecah 13.5 meter dan mempunyai kelebaran 9.2 sentimeter," kata Paiman.

Susulan penemuan itu, penduduk setempat termasuk pelajar sekolah berpusu-pusu ke kebun lelaki berkenaan bagi melihat tapak kuno tersebut dengan lebih dekat.

Malah, Pejabat Pelancongan Sidoarjo bercadang untuk menjadikannya sebagai tarikan baharu di daerah berkenaan.

"Kami akan berunding dengan pihak berwajib. Jika sah ia tapak kuno, kami akan tingkatkan kemudahan dan jadikan ia sebagai destinasi pelancongan," kata pengarah Pejabat Pelancongan Sidoarjo, Joko Supriyadi.

Menurut Joko, di sekitar tapak tersebut pihaknya turut menemui pelbagai artifak bersejarah termasuk serpihan seramik. - Tempo.co/Sinar

Possibly Related Threads...
Tapak Kaki Manusia Tertua Di Amerika Utara
Kisah Perogol Bersiri Malaysia, Sebelum Mati Minta Buku Seks Dimasukkan Dalam Keranda
Sebatang Gigi Didakwa Milik Mamalia Purba Ditemui
Telefon Bimbit Zaman Purba
Saintis Jumpa Gigi Manusia Berusia 2.8 Juta Tahun
Jepun Sebelum Dan Selepas Tragedi Tsunami Dan Gempa Bumi.
Koleksi "kapal Terbang" Pelik Awal Kurun Ke 20 (14 Gambar)
Gadis Iran Sebelum Dipaksa Bertudung Sekitar 1960/70 - Mahu Tercabut Serban Shit Te.
Tradisi India Memakai Innai Tatoo Sebelum Acara Persandingan Kahwin 46 Gambar
Patung Osiris Purba Berpusing 360darjah dalam kotak kaca di manchaster



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 96
Dapat Mimpi Pelik Sebelum Jumpa Tapak Purba Majapahit
sukawg
115764
Forum Jump: