Datuk Seri Siti Nurhaliza Umum Jantina Bayi Perempuan

Offline
01-11-2018, 02:21 PM,
#1
Siti umum jantina bayi

resim

KUALA LUMPUR - Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kejutan buat peminatnya dengan mengumumkan jantina bayinya yang dijadualkan lahir pada sekitar Mac depan adalah perempuan bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-39 beliau pada hari ini.



Pengumuman itu dikongsi Siti bersama suami, Datuk K melalui satu video yang dimuat naik di laman Instagramnya sebentar tadi. 

"Hadiah paling bermakna buat saya adalah zuriat yang bakal dilahirkan Insya-Allah pada bulan Mac nanti. Doakan semoga semuanya sempurna. 

"Nak kongsi dengan anda semua sempena dengan hari ulang tahun Siti Insya-Allah apa yang kami nanti-nantikan rezeki untuk cahaya mata kali ni, doktor telah mengesahkan bahawa kandungan Siti adalah seorang puteri," ujar Siti, 39, sambil ditemani Datuk K dalam video tersebut. 

Siti mengumumkan kehamilannya pada Oktober lalu dalam satu pengumuman istimewa di kediamannya di ibu negara.

Berita kehamilan tersebut mendapat liputan luas media dan beliau dijangka bersalin pada Mac depan. 

Pemilik 16 buah album studio itu berkahwin dengan Datuk K pada tahun 2006. - Kosmo


===

Siti dapat hadiah pam susu

resim
Anak tirinya, Asyraf Khalid bersama isteri, Tya Ariffin serta anak, Arif Jiwa menghadiahkan Siti barangan keperluan ibu seperti pam susu dan pek ais untuk simpanan susu badan.

KUALA LUMPUR - Bersempena dengan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-39, penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat hadiah istimewa daripada keluarganya.

Anak tirinya, Asyraf Khalid bersama isteri, Tya Ariffin serta anak, Arif Jiwa menghadiahkan pelantun lagu Cindai itu barangan keperluan ibu seperti pam susu dan pek ais untuk simpanan susu badan.

Perkara itu dikongsi Siti melalui video Instastory di Instagram miliknya beberapa jam lalu iaitu pada tarikh ulang tahun kelahirannya pada hari ini, 11 Januari. 

"Ice pack (pek ais) untuk simpan susu. Susu yang saya pam nanti," ujar Siti teruja melalui perkongsian video tersebut sambil membelek hadiah istimewa itu. - Kosmo

Possibly Related Threads...
Datuk Farid Kamil Positif Ganja
Pelakon Baru Dapat Datuk, Farid Kamil Ditahan Kerana Tampar Polis
Pelakon Baru Dapat Datuk Ditahan Kerana Tampar Polis
Rolls Royce Milik Datuk Aliff Syukri Disita Jpj
Zizie Izette Sudah Sedia Bersalin Bayi Kembar
Dato Seri Vida Dedah Pernah Dilamar Parti Politik Untuk Jadi Calon Pru
Dato Seri Vida Kini Semakin Ramping
Datuk Vida Dapat Panggilan Scam Kononnya Akaun Bank Dibekukan, Terlibat Kes Dadah
Pembantu Peribadi Datuk Vida, Bukan Anak Ikan
Ibu Doa Siti Nurhaliza Dapat Anak Perempuan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 13
Datuk Seri Siti Nurhaliza Umum Jantina Bayi Perempuan
sukawg
115038
Forum Jump: