David Rockefeller Meninggal Dunia

Offline
03-21-2017, 01:42 AM,
#1


[Image: 21ROCKEFELLER1-blog427.jpg.transformed.jpg]

NEW YORK: Jutawan dan dermawan, David Rockefeller, bekas peneraju Chase Manhattan Corp, antara keluarga terkaya dan paling berpengaruh Amerika Syarikat, meninggal dunia pada usia 101 tahun hari ini, kata jurucakap keluarga berkenaan.



Rockefeller, yang dilaporkan pernah menyumbangkan hampir AS$2 billion (RM8.7 bilion) ketika hayatnya, mati dalam tidur akibat sakit jantung di kediamannya di Pocantico Hills, New York, kata Fraser Seitel dalam satu kenyataan.

Beliau adalah anak kepada hartawan, John D Rockefeller Jr, yang membina bangunan pencakar langit, New York Rockefeller Center dan cucu jutawan minyak, John D Rockefeller, iaitu pengasas Standard Oil dan dinasti keluarga berkenaan. Beliau juga sinonim dengan era ketika ketua perbankan berpengaruh besar dalam kalangan ahli politik berkuasa sedunia.

Ketika menerajui Chase dari 1969 ke 1981, Rockefeller membina rangkaian perhubungan rapat bersama beberapa kerajaan dan perbadanan multinasional hingga, menurut pemerhati, membolehkan ia menetapkan dasar luarnya sendiri.

Akibatnya, nama Rockefeller menjadi simbol dasar perbankan AS yang tidak disenangi dalam kalangan negara peminjam, selain Rockefeller sendiri dikecam di negaranya kerana bekerjasama dengan diktator Chile, Augusto Pinochet serta Shah Iran.

Beliau menimbulkan kemarahan kerana mendesak dibuka perdagangan dengan China dan Soviet Union ketika perang dingin.

Kumpulan Trilateral Commission (Suruhanjaya Tiga hala), yang diasaskan Rockefeller pada 1973 merapatkan hubungan antara Amerika Utara, Jepun dan Eropah Barat, menjadi sasaran puak kanan dan peramal konspirasi yang mengatakan gabungan berkenaan ingin membentuk kerajaan sedunia.

Rockefeller juga terbabit dalam insiden antarabangsa pada 1979 apabila beliau dan kawan akrabnya, Henry Kissinger membantu dalam mempengaruhi Presiden Jimmy Carter agar menerima masuk Shah Iran ke Amerika Syarikat bagi menjalani rawatan kerana limfoma, seterusnya mengeruhkan lagi krisis tebusan Iran ketika itu. - Reuters/BHarian

Possibly Related Threads...
Malaysia Negara Ke 42 Paling Bahagia Di Dunia
12 Rakyat Malaysia Tersenarai Individu Terkaya Di Dunia
Bilal Meninggal Dunia Ketika Mahu Laungkan Iqamat
Pakcik Jalud, Ventriloquist Pertama Malaysia Meninggal Dunia
Dulu Mewah, Kini Ikat Perut Lepas Suami Bergaji Rm15,000 Meninggal Dunia
Aston Martin - Red Bull Perkenal Kereta Terpantas Di Dunia
Wanita Paling Gemuk Di Dunia Seberat Hampir 500kg
Pakar Bedah Tertua Di Dunia Berusia 89 Tahun
Pengasas Permainan Video Pac Man Meninggal Dunia
Lelaki Miliki 86 Isteri Meninggal Dunia Di Usia 93 Tahun



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 69
David Rockefeller Meninggal Dunia
sukawg
108906
Forum Jump: