Denda Lewat Daftar Anak Naik Dari Rm50 Kepada Rm1,000

Offline
10-11-2017, 07:30 AM,
#1
resim
NUR Jazlan menandatangani plak sebagai gimik perasmian Pejabat JPN Cawangan Simpang Renggam di Taman Indah, Simpang Renggam, semalam.

Kluang: Denda bagi pasangan yang tidak mendaftar kelahiran dan surat beranak anak mereka dalam tempoh 60 hari bukan lagi RM50 tetapi dinaikkan kepada RM1,000, berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kadar denda lewat daftar itu dinaikkan selepas pindaan Akta 299 Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat yang diluluskan Dewan Rakyat tahun lalu.

Katanya, kerajaan mengambil keputusan semua kelahiran mesti didaftar dalam tempoh 60 hari, sama ada anak sah taraf atau luar nikah.

“Jika ibu bapa mendaftar lewat dari tempoh berkenaan, mereka akan didenda sehingga RM1,000 berkuat kuasa serta-merta.

“Ogos lalu, kita hanya menguatkuasakan tempoh pendaftaran lewat kelahiran dilanjutkan daripada 42 kepada 60 hari bagi memberi peluang ibu bapa atau ibu tunggal berpantang dan menguruskan bayi sebelum hadir di hadapan pendaftar kelahiran,” katanya.

Nur Jazlan berkata demikian selepas merasmikan pejabat baru Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Simpang Renggam di Taman Indah di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Simpang Renggam Datuk Liang Teck Meng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Abdul Taib Abu Bakar dan Pengarah JPN Johor Rokiah Hanum Ibrahim.

Menurut Nur Jazlan, tindakan meningkatkan denda bukan bertujuan mengutip hasil tetapi lebih kepada menggalakkan ibu bapa mempercepat pendaftaran kelahiran anak yang baru dilahirkan. - Metro

Possibly Related Threads...
Ibu Kenakan Sewa Rumah Pada Anak Baru Usia 5 Tahun
Di China, Ibu Heret Anak Degil Belakang Skuter
Menteri Besar Tidak Dimaklum Arahan Denda Rm1,000 Lelaki Tak Solat Jumaat
Panda Gergasi Liang Liang Lahirkan Anak, Nuan Nuan Dapat Adik
18~24 Jan: Harga Petrol Naik 4 Sen
Denda Rm1,000 Jika Ponteng Solat Jumaat
Pemilik Sedia Serah Proton Saga Kepada Keluarga Pencipta Nama
Penangan Pengumuman Pakcik Bahari, Naik Bas Dah Macam Naik Kapal Terbang
Anak Dilarang Ke Sekolah Kerana Ibu Ayah Tiada Sijil Nikah
Musang King Naik Harga Sebab Cuaca, Kata Peniaga



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 44
Denda Lewat Daftar Anak Naik Dari Rm50 Kepada Rm1,000
sukawg
113238
Forum Jump: