Detik Bersejarah Bendera Palestin Akhirnya Berkibar Di Pbb

Offline
10-01-2015, 11:03 AM,
#1



resim
Buat pertama kali dalam peradaban manusia moden, bendera Palestin dinaikkan dan berkibar di PBB. FOTO Reuters dan AFP

New York: "Kami tujukan pengiktarafan ini buat mereka yang syahid, yang berada di penjara dan mereka yang cedera dan mereka yang bertarung nyawa untuk menaikkan bendera ini," kata Mahmoud Abbas.

Presiden Palestin itu berkata demikian ketika membuat ucapan di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sejurus selepas ucapan berkenaan dan buat pertama kali dalam peradaban manusia moden, bendera Palestin dinaikkan dan berkibar di PBB.

Bendera itu dinaikkan pada kira-kira 1 petang waktu tempatan di depan diplomat dan wartawan.

Rakyat Palestin yang berada di Tebing Barat di bandar Ramallah, turut menyaksikan majlis penuh bersejarah itu menerusi layar gergasi di Yasser Arafat Square.

"Suasana amat ceria ketika ini. Mereka mendendangkan lagu kebangsaan dan mengibarkan bendera Palestin," lapor wartawan, Imtiaz Tyab untuk Al Jazeera. - Metro

Possibly Related Threads...
3 Israel Mati Ditembak Penduduk Palestin
6 Lelaki Palestin Dihukum Mati Kerana Belot Bersubahat Dengan Israel
Imam Palestin Didenda Kerana Laungkan Azan
Hamas Jangka Polisi Anti - Palestin Kekal Di Bawah Trump
Amerika Salur Dana Rm157 Bilion Setahun Untuk Serang Palestin
Google Dikecam Buang Palestin Dalam Peta
Israel Bunuh 25 Kanak-kanak Palestin Dalam Tempoh 3 Bulan
Askar Israel Didakwa Bunuh Lelaki Palestin
Palestin Bakal Guna Pasport Baru
Israel Lulus Undang-undang Kanak-kanak Palestin Seawal 12 Tahun Boleh Dipenjara
Offline
10-01-2015, 01:04 PM,
#2
Dikala yang lain kata ini tiada apa, rakyat Palestin di sana gembira meraikannya

Ada kata tidak ada apa yang perlu dibanggakan bendera Palestin di naikkan di ibu pejabat PBB sedangkan ratusan ribu rakyat palestin sedang menderita, tapi Mahmoud Abbas berkata " Ini adalah hari yang penuh emosi dan perlu dibanggakan".

Mahmoud dilihat mencium bendera Palestin sebelum dinaikkan.

Dalam gambar menunjukkan betapa gembiranya rakyat Palestin dengan perkembangan terbaru ini di mana ia adalah satu harapan dan permulaan kepada pembentukan Negara Palestin Merdeka.

resim
resim
resim
resim
resim
resim



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 1 <<>> Dilihat: 693
Detik Bersejarah Bendera Palestin Akhirnya Berkibar Di Pbb
sukawg
98642
Forum Jump: