Di Jepun, Syarikat Cipta Dron Untuk Paksa Pekerja Balik Rumah

Offline
12-12-2017, 03:01 PM,
#1
resim
SYARIKAT pembersihan dan keselamatan Taisei merancang untuk memasarkan T-Frend pada April depan.

resim
GAMBARAN artis menunjukkan dron berlegar-legar di atas pekerja yang bekerja lebih masa dan mengeluarkan muzik bagi memaksa mereka pulang ke rumah.

TOKYO – Sebuah syarikat mencipta dron yang mempunyai tugas khusus ‘menghalau’ pekerja supaya pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja.

Dron yang dikenali sebagai T-Frend itu akan terbang dan berlegar-legar mencari mana-mana pekerja yang masih berada di pejabat sebelum mengeluarkan muzik dengan rakaman suara puisi Scotland, Auld Lang Syne bagi memberitahu waktu bekerja telah tamat.

Mesin aneh itu dicipta sebagai usaha Jepun untuk mengurangkan waktu bekerja negara itu. Bagaimanapun penyelidik menyifatkan idea itu bodoh atas alasan pekerja tetap akan membawa pulang kerja ke rumah sekiranya mereka dipaksa meninggalkan pejabat.

Pencipta dron berkenaan iaitu sebuah syarikat pembersihan dan keselamatan, Taisei merancang untuk memasarkan T-Frend pada April depan.

Bayaran untuk perkhidmatan itu belum ditetapkan secara rasmi, namun berkemungkinan sekitar AS$4,500 (RM18,350) sebulan. – Agensi/Kosmo

Possibly Related Threads...
Aneh Hujan Hanya Turun Pada Sebuah Rumah Saja Di Jakarta
Gempar Pekerja Kilang Elektronik Kena Sampuk Beramai-ramai
Memalukan! Orang Ramai Kebas Air Mineral Untuk Peserta Marathon
Trailer Filem Juon The Final Diharamkan Mungkin Terlalu Menakutkan Di Jepun
Lelaki Tua Di Jepun Bawa Kura-kura Berjalan Makan Angin
Rumah 'berhantu' Ditawarkan Secara Percuma
Pencuri Nyorok Bawah Longkang Untuk Elak Ditangkap.
Bawak Motor Laju Sangat Sampai Hilang Kawalan Dan Rempuh Pagar Rumah Orang.
Jururawat Bertindak Berani Hempas Pintu Kereta Untuk Lawan Perompak.
King Cobra Xxl Telah Ditangkap Pekerja Kelapa Sawit!



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 30
Di Jepun, Syarikat Cipta Dron Untuk Paksa Pekerja Balik Rumah
sukawg
114281
Forum Jump: