Doktor Tak Boleh Jadi Tukang Potong Hudud, Kata Kp Kesihatan

Offline
01-14-2018, 11:19 PM,
#1
Doktor tak boleh jadi tukang potong hudud, kata KP Kesihatan

resim

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi jaminan kepada masyarakat bahawa Kementerian Kesihatan tidak akan membenarkan para doktor memotong tangan pencuri yang disabit kesalahan kalau hudud dilaksanakan.



“Pendirian kita pada 2015 kekal hari ini. Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia sangat jelas dalam perkara itu,” katanya kepada FMT.

Pada April 2015, Noor Hisham dilaporkan memberi peringatan kepada para doktor agar mengambil ikrar perubatan mereka dengan serius dan jangan melakukan mudarat pada mana-mana orang, berikutan desakan kerajaan Kelantan yang mahu hukuman hudud dilaksanakan di negeri itu.

Beliau menambah ikrar itu ialah tugas para doktor ialah menyembuhkan sakit dan bukan sebaliknya.

“Ikrar kami ialah, jangan melakukan mudarat,” katanya ketika itu.

Menteri Kesihatan Dr S Subramaniam turut dipetik sebagai berkata kementerian tidak akan membenarkan para doktor menjalankan hukuman potong ke atas penjenayah.

Kenyataan Noor Hisham itu menyusuli temubual Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan media yang memetik beliau sebagai berkata sarjana Islam kontemporari berpendapat khidmat pakar bedah diperlukan unntuk menjalankan hukuman punitif potong tangan bagi memastikan bahagian tubuh melepasi pergelangan tangan tidak diapa-apakan.

Tiga doktor perubatan beragama Islam mengecam cadangan kerajaan Kelantan menggunakan perkhidmatan pakar bedah untuk memotong tangan pencuri yang didapati bersalah bawah hukum hudud.

Mereka bertiga ialah Pengarah Islamic Renaissance Front Ahmad Farouk Musa, seorang pakar bedah kardiotorasik; pengulas politik dan padar bedah di California, Amerika Syarikat, M Bakri Musa; dan Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, seorang pakar perubatan yang mengajar perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Awal hari ini, Noor Hisham di Facebook berkongsi laporan FMT itu dan menambah: “Kita tidak boleh melanggar ikrar profesional kami iaitu tidak melakukan mudarat pada tubuh manusia.”

Noor Hisham memberitahu FMT apa sahaja yang berlaku pada masa depan, peranan pengamal perubatan ialah menyembuhkan sakit.

“Hudud atau bukan, pakar bedah dan doktor tidak boleh dijadikan pelaksana hukuman.” - FMT

Possibly Related Threads...
Cikgu Tahan Murid Selepas Waktu Pulang, Ibu Bapa Jadi Mangsa Kena Tunggu Lama
Beli Hartanah Untuk Jual Semula Tidak Lagi Boleh Buat Untung Besar
Polis Terkejut Pengemis Boleh Jadi Jutawan, Temui Rm3 Juta Wang Tunai
Kecoh Di Tasik Titiwangsa, Dbkl Kata Ikut Sop
Rumah Di Malaysia Terus Tak Mampu Dibeli, Kata Bnm
Pau Bentuk Durian Pula Jadi Viral
Kak Nab Jadi Jutawan Jual Kuih Peneram
Air Sungai Biru Di Alor Setar Tak Boleh Diminum
Pasangan Kekasih Dakwa Boleh Bercakap Dengan Haiwan, Hidup Atau Mati
Kerajaan Banyak Tabur Janji, Tipu Genius Macam Saya, Kata Adi Putra



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 46
Doktor Tak Boleh Jadi Tukang Potong Hudud, Kata Kp Kesihatan
sukawg
115110
Forum Jump: