Dr M: Macam Saya Pula Pembohong

Offline
05-18-2015, 10:14 PM,
#1
resim

Tun Dr Mahathir Mohamad bertegas bahawa speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memang menyatakan hasratnya untuk berundur ketika mereka berdua bertemu.

“Beliau mengaku (ketika) dia jumpa saya. Saya tak suruh. Dia jumpa saya dia kata tak puas hati dengan kerajaan.

“Dia kata nanti nak bersidang dia akan beritahu PM nak letak jawatan,” katanya.

Justeru, kata Mahthir, penafian Pandikar kemudiannya tentang perkara itu telah memalukan dirinya kerana beliau seolah-olah berbohong.

"Dia memalukan saya dengan kata dia tak letak jawatan. Sedangkan dia jumpa saya. Saya tak suruh dia datang jumpa pun.

"Dia kata dah bagi surat pada Najib. Saya cuma ulang apa dia kata. Dia kata saya ni macam bohong. Malulah saya," katanya pada sidang media selepas pelancaran buku jilid kedua “Surat Kepada Pemimpin Dunia” di Putrajaya hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan menemui Pandikar selepas ini, Mahathir hanya berkata: "Tak tahulah."

Possibly Related Threads...
Saya Sedia Berdebat Dengan Najib, Kata Dr Mahathir
Rafizi Dakwa Pnb Pula Terlibat ‘pinjamkan’ Wang Kepada 1mdb
Najib: Saya Tak Akan Tunduk Tekanan Letak Jawatan
Saya Terhutang Budi Pada Sabah, Kata Najib
Azeez: ‘saya Tidak Akan Letak Jawatan’
Macam Mana Saiful Kena Liwat.
Guan Eng: Saya Hanya Sedia Jumpa Mukhriz
[mkini]_chua: 'anwar Akan Jadi Macam Pak Lah'
[mkini]_isa Samad: Saya Dengar 60-an Saja, Tak Kisah Aishah
[mkini]_klip Video: Saya Mahu Buat Kelainan Tahun Ini, Kata Najib



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 606
Dr M: Macam Saya Pula Pembohong
ringgit maker
95747
Forum Jump: