Dr Mahathir Bertahan 22 Tahun Kerana Syarat Pemilihan Umno, Kata Najib

Offline
05-16-2015, 08:53 PM,
#1
resim

Datuk Seri Najib Razak sekali lagi melancarkan kritikan balas terhadap serangan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atasnya dengan berkata, bekas perdana menteri itu mampu kekal 22 tahun menerajui Umno kerana halangan perlembagaan parti ketika itu, yang memerlukan sekurang-kurangnya 63 undi ketua bahagian bagi merebut jawatan tertinggi itu.

"Kalau dahulu hendak cabar presiden, mesti ada undi 63 ketua bahagian, jadi Tun Mahathir bolehlah kekal 22 tahun guna perlembagaan itu," katanya di majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" di Klang hari ini.

Menurut Najib, dirinya masih mendapat sokongan majoriti ahli parti, walaupun sudah meminda perlembagaan Umno yang membolehkan presiden dicabar tanpa undi minima itu, malah beliau menang tanpa ‎bertanding.

Dr Mahathir sebelum ini menggesa Najib meletak jawatan berikutan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilanda hutang mencecah RM42 bilion, di samping pelbagai masalah lain.

Di Ipoh hari ini, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi desakan itu.

"Banyak sangat kesalahan Najib yang saya hendak cerita ini, dan saya yakin penuh kalau dia pimpin, dia akan kalah. Apabila kalah, hendak pulih balik Umno, saya fikir tamatlah," katanya ketika berucap di majlis Bicara Negara di Ipoh, Perak.

Bagaimanapun, Najib mempersoalkan desakan Dr Mahathir itu, dan berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat beliau perlu kekal.

"Presiden PAS pun faham kata saya tidak patut turun.

"Saya ini dah dipilih melalui sistem sedia ada dan demokrasi. PAS pun faham," katanya. – 16 Mei, 2015.

Possibly Related Threads...
Tun M Jaguh 'u-turn' - Pm Najib
Padah Sekeping Gambar Najib Pembaca Berita Rtm Mandarin Tanpa Visual Sokongan
Tandas Mungkin Antara Sebab Speaker Mahu Letak Jawatan, Kata Bnbbc
Jet Baru Najib Boleh Hentikan Penculikan Di Sabah, Soal Dr M
'jangan Biar Umno Pilih Pm', Kata Hadi
Pas Marah Dap Tolak Hudud Sebab Ia Kehendak Allah, Kata Hadi
Anwar, Nik Aziz Setuju Kerajaan Perpaduan Tetapi Ditolak Bn, Kata Hadi
Masih Ramai Kurang Puas Hati 13 Jawapan Najib
Buka Pekung Sendiri Jejaskan Imej Umno
Dr M: Najib Tak Jawab Apa-apa Pun



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 746
Dr Mahathir Bertahan 22 Tahun Kerana Syarat Pemilihan Umno, Kata Najib
ringgit maker
95699
Forum Jump: