Dragon Ugut Ppim Lepas Buat Pendedahan

Offline
10-20-2017, 09:45 PM,
#1
resim
Sidang media oleh Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan mengenai sindiket perjudian yang mengancam PPIM di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto ZULFADHLI ZULKIFLI

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan memberi keterangan kepada polis berhubung beberapa ugutan dan ancaman diterima daripada sindiket perjudian.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan sebelum ini mendedahkan kegiatan perjudian haram dan aktiviti tidak bermoral di negara ini didalangi sembilan ketua digelar ‘dragon’ yang mengutip RM5 bilion sebulan.

Menurutnya, sindiket itu mengancam menyerang PPIM bila-bila masa selepas pendedahan berkenaan.

“Saya akui antara kandungan mesej diterima, mengatakan PPIM perlu ‘diajar’ selepas mendedahkan kegiatan mereka,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan Kementerian Dalam Negeri meminta PPIM mengemukakan bukti dakwaan berkenaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya terbukti dakwaan itu benar.

“Saya minta badan bukan kerajaan seperti ini membuat laporan polis. Saya bimbang keselamatan mereka jika benar dakwaan itu,” katanya .

Nadzim turut mendakwa sembilan dragon itu mempunyai ‘kuasa’ dalam agensi penguat kuasa di negara ini selain mampu menukarkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu gugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.

Pada sidang media hari ini, Nadzim berkata, pihaknya akan memberi maklumat dan bukti berhubung kegiatan kumpulan besar itu kepada polis Bukit Aman minggu depan.

Menurutnya, ancaman itu tidak menggusarkan PPIM kerana pihaknya yakin pihak berkuasa serta rakyat bersama-sama mereka membanteras kegiatan itu.

“Saya tidak menyesal mendedahkan hal ini kerana aktiviti perjudian ini menyebabkan kepincangan dalam masyarakat dan institusi kekeluargaan.

“Berdasarkan tinjauan Kementerian Wilayah Persekutuan, jumlah pusat perjudian meningkat daripada 600 kepada 3,000 di Lembah Klang dalam tempoh dua tahun,” katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Ahli Politik Indonesia Terlibat Rasuah Rm700 Juta Buat-buat Sakit Elak Disiasat
Kasut Adidas: Si Penumbuk Tak Puas Hati, Dakwa Akhbar Buat Fitnah
Kuda Ditahan Dalam Lokap Lepas Tendang Wanita
Gempar Jenazah Timbul Lepas Sebulan Dikebumikan
Isteri Tuntut Cerai Kerana Suami Buat Semua Kerja Rumah
Sangkar Pecah, Penduduk Tak Lepas Peluang Kail Ikan Terlepas
Pendedahan Rakyat Malaysia Jadi Hamba Abdi Kerja Petik Buah Di Australia
Bukan Bermadu, Adik Beradik, Wanita Jelaskan Lepas Gambar Jadi Viral
Ppim Tuntut Jawatan Senator Dalam Dewan Negara
Zahid Umum Dana Rm500,000 Kepada Ppim



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 323
Dragon Ugut Ppim Lepas Buat Pendedahan
sukawg
113420
Forum Jump: