Dua Saspek Mati Ditembak Di Dalam Khemah Templer Rawang Kes Samun

Offline
03-16-2018, 04:02 PM,
#1
DUA suspek samun yang menyerang anggota polis dengan parang ditembak mati di Templer Park, Rawang, 4.30 pagi tadi.

Kedua-dua suspek warga asing yang berusia lingkungan 20-an dan 30-an itu dikenal pasti sebagai rakan subahat kepada seorang suspek ditembak mati di Rawang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Lazim berkata, hasil maklumat diterima dan risikan dilakukan, sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan Operasi Kesan (Op Kesan) bermula 1.30 pagi tadi.

“Kami membuat serbuan di tapak berhampiran lokasi dua warga asing berkenaan bersembunyi sebelum menyerbu khemah terletak di dalam hutan berhampiran kira-kira 4 pagi.

“Kedua-dua suspek diminta menyerah diri, namun mereka bertindak menyerang anggota polis dengan parang.

“Sebagai langkah mempertahankan diri, anggota polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek,” katanya ketika ditemui pada sidang media di lokasi kejadian, di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati tiada pasport ditemui pada kedua-dua suspek terbabit.

Mazlan berkata, pihaknya yakin menyelesaikan 18 kes pecah rumah dan samun bagi tempoh 2016 hingga bulan Mac tahun ini membabitkan kerugian sebanyak RM360,000 yang dipercayai didalangi suspek berkenaan.

“Dalam kejadian terbaru, mereka dipercayai memecah masuk rumah di Templer Saujana, di sini, dua hari lalu. Kami menemui jam tangan berjenama dan telefon bimbit di lokasi kejadian dipercayai hasil kegiatan itu.

“Kami percaya berjaya menumpaskan sindiket pecah rumah dan samun yang aktif di Rawang terutama di sekitar kawasan Templer.

“Polis percaya tiada lagi suspek diburu yang terbabit dalam kes ini. Kami juga akan melakukan risikan untuk mengenal pasti kumpulan pecah rumah dan samun di kawasan ini,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

“Kami percaya suspek sudah menggunakan khemah berkenaan sebagai lokasi persembunyian sejak lebih tiga bulan lalu,” katanya.

Mazlan turut memberi amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab membeli barangan hasil kegiatan samun dan pecah rumah daripada penjenayah.

“Tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini menggalakkan penjenayah untuk melakukan kegiatan itu. Justeru, kami akan mengenal pasti lokasi penjenayah ‘melupuskan’ barang hasil kegiatan terbabit.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli barangan yang tidak diketahui diperoleh dari mana kerana tindakan itu akan menyebabkan mereka dalam bahaya,” katanya.

=============

resim
ANGGOTA polis memeriksa kawasan tembak suspek kes samun yang berjaya ditumpas di Taman Templer, Rawang. - Foto Pei Ying


resim
SUASANA sekitar kawasan tembak mati dua suspek kes samun oleh pihak polis di Kem Temasya Rimba Templer, Rawang. - Foto Pei Ying

DUA lelaki yang juga suspek kes samun ditembak mati oleh polis berhampiran khemah di kawasan Templer, Rawang, 4.30 pagi, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, dua suspek terbabit dikesan ketika sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjalankan Operasi Kesan (Op Kesan) terhadap kedua-dua lelaki berkenaan yang melarikan diri sebelum ini.

“Kami menerima maklumat berhubung dua suspek terbabit yang dikatakan bersembunyi di dalam khemah di kawasan itu.

“Ketika anggota polis melakukan tangkapan, suspek cuba menyerang menyebabkan beberapa das tembakan dilepaskan dan mengakibatkan kedua-dua lelaki terbabit mati ditembak,” katanya dalam satu kenyataan di Rawang, hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor akan mengadakan sidang media di lokasi kejadian.

Dua suspek berkenaan dipercayai terbabit dengan seorang lagi suspek yang ditembak mati oleh polis di Taman Templer, minggu lalu.

sumber hmetro

Possibly Related Threads...
Ibu Dengan Sengaja Tolak Anak Ke Dalam Terusan Hingga Mati Lemas
Rakaman 2 Lelaki Selamba Angkut Kawasaki Kips Curi Masuk Dalam Van Depan Orang Ramai
Langgar Mati Penunggang Basikal Di Duke, Wanita Didenda Rm8,000
Wanita Ditemui Mati Gantung Diri Di Perak
Tertembak Rakan Di Perak, 3 Lelaki Tergamak Cabut Tinggalkan Mayat Dalam Hutan
Samun Guna Proton Persona Ibu Mertua, 2 Suspek Ditahan Lepas Sejam
Warga Emas Ditemui Mati Dijerut Tuala Di Alor Setar
Merajuk Kena Marah, 4 Beradik Lari Ke Dalam Hutan Dilapor Hilang
Lelaki Disyaki Cuba Curi Kabel Ditemui Mati Sebelah Tiang Elektrik
Pelajar Sekolah Ditemui Mati Dalam Longkang Di Kulim



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 435
Dua Saspek Mati Ditembak Di Dalam Khemah Templer Rawang Kes Samun
NorCun
116301
Forum Jump: