Elak Diserbu Malam, Kelab Saji Belaian Gro Buka Siang

Offline
10-02-2015, 08:41 AM,
#1
resim
ANTARA wanita disyaki GRO ditahan dalam serbuan, kelmarin.

Ipoh: Lazimnya pusat hiburan yang menawarkan khidmat wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO) beroperasi pada waktu malam, namun sebuah premis hiburan di bandar raya ini dikesan beroperasi seawal jam 3 petang dengan menyajikan khidmat belaian wanita dari Vietnam, China dan Thailand.

Taktik terbaru pusat hiburan di Jalan Leong Boon Swee, di sini, dipercayai bagi mengelak serbuan pihak berkuasa, bagaimanapun berjaya dihidu dan serbuan polis petang kelmarin, membawa kepada penangkapan 14 GRO warga asing.

Dalam serbuan jam 6.10 petang dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak diketuai Inspektor Nuraini Abu Hassan, seorang wanita tempatan dipercayai penjaga GRO berkenaan turut ditahan.

Menurut sumber, serbuan polis waktu malam di beberapa pusat hiburan yang disyaki menyediakan khidmat GRO warga asing di sekitar bandar raya ini sebelum ini gagal dan susulan itu hasil intipan, pemantauan serta maklumat awam mendapati ada premis hiburan berkenaan yang mengubah waktu operasi kepada siang hari.

“Serbuan pada sebelah malam sebelum ini sering gagal membuahkan hasil, bagaimanapun hasil risikan yang dijalankan berjaya mengesan taktik pusat hiburan terbabit yang kini menawarkan khidmat GRO bermula jam 3 petang serta akan menamatkan operasi seawal jam 9 malam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Possibly Related Threads...
Bapa Ratah Anak Setiap Malam Dipenjara 480 Tahun Di Sarawak
Cabul Pelayan Kelab, Pembantu Khas Adun Didakwa Esok
2 Wanita Dicabul Ketika Bersenam Lewat Malam Di Kota Kinabalu
Cabul Pelayan Kelab, Pembantu Khas Adun Direman 2 Hari
6 Lelaki Didakwa Rogol Gadis Beramai-ramai Di Malam Ramadan
Gadis Diperkosa 6 Lelaki Termasuk Kekasih Di Malam Ramadan
Lelaki Ambil Insurans Raba, Elak Dituduh Mencabul Wanita
Pesta Gay Disertai 141 Pria Diserbu Di Indonesia, Ada 2 Rakyat Malaysia
Gadis Diarah Buka Coli Sebelum Dibenar Duduki Peperiksaan
Pusat Urut Diserbu Tawar Urutan Pingpong



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 447
Elak Diserbu Malam, Kelab Saji Belaian Gro Buka Siang
sukawg
98660
Forum Jump: