Evo 10 Pdrm Terbabas Dihimpit Penjenayah Naik Wira

Offline
10-18-2017, 05:34 PM,
#1
resim
KERETA peronda polis yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 181 lebuh raya PLUS dekat susur masuk Tol Alor Pongsu, Bagan Serai.

resim
KERETA peronda polis yang terbabit dalam kemalangan selepas terbabas dan melanggar penghadang jalan.

BAGAN SERAI: Seorang anggota polis patah bahu kiri apabila kereta peronda dinaiki terbabas dan melanggar penghadang jalan selepas dihimpit kenderaan penjenayah yang diburu dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu, mangsa bersama dua rakannya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama beberapa kenderaan polis lain mengejar sebuah kereta jenis PROTON Wira yang dipandu seorang lelaki dari arah dari Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata sebaik tiba di Kilometer 181 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur masuk Tol Alor Pongsu, kereta PROTON Wira terbabit menghimpit kereta dinaiki mangsa.

Berikutan itu, kenderaan peronda itu remuk di bahagian hadapan manakala penumpang hadapan, Koperal Nelson Mateo Anak Kasin 34, patah bahu kiri; pemandu, Koperal Mohd Haizrul Mohd Lazin 36, cedera ringan di dagu manakala seorang lagi anggota berpangkat Koperal di tempat duduk belakang, tidak cedera.

"Suspek terus melarikan diri tetapi kemudian terbabas ke dalam parit ketika melalui satu selekoh di Jalan Selama

"Selepas terbabas, suspek cuba melarikan diri ke dalam ladang kelapa sawit berhampiran tetapi berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis," katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Omar Bakhtiar berkata, pemeriksaan terhadap suspek yang berusia 27 tahun itu menemui satu paket plastik berwarna merah dan perak yang berisi 10 biji pil khayal disyaki jenis erimin 5, disorokkan dalam seluar dalamnya.

"Selain itu, polis turut menemui satu plastik kecil disyaki dadah jenis syabu dan satu plastik kecil disyaki dadah ketamin," katanya.

Omar Bakhtiar berkata, siasatan lanjut kejadian itu dilakukan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala suspek pula disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh selain turut disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952. - BHarian

Possibly Related Threads...
Rakaman Kejar Mengejar Wira Vs Evo X Pdrm, Penjenayah Terlepas
Guru Sekolah Memandu Maut Kereta Dipandu Terbabas
Pemandu Wira Cuma Patah Kaki Tercampak Keluar Sebelum Jatuh Dari Atas Flyover
Rakaman Budak Digigit Anjing Lepas Motor Terbabas
Lelaki Ditemui Mati Dalam Proton Wira Akibat Tekanan Hidup
Penunggang Motosikal Terlipat Kaki Naik Atas Bahu Akibat Kemalangan
2 Penyamun Patah Kaki Motosikal Terbabas Ketika Larikan Diri
4 Sekeluarga Maut Wira Dinaiki Dirempuh Treler Di Gua Musang
Pemandu Maut Wira Dipandu Rempuh Gerai Cendol
Suami Isteri Dipukul Samseng Gara-gara Muat Naik Komen Makanan Tak Sedap



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 35
Evo 10 Pdrm Terbabas Dihimpit Penjenayah Naik Wira
sukawg
113373
Forum Jump: