Facebook, Google Didakwa Curi Dengar Perbualan Pengguna

Offline
06-06-2016, 01:58 PM,
#1
resim

LONDON ― Dua gergasi internet Facebook dan Google didakwa memantau rakaman suara pengguna untuk kepentingan syarikat dengan cara masing-masing.
 
Aplikasi di Facebook menggunakan telefon pengguna untuk mengumpul data tentang perbualan mereka, dakwa Kelli Burns, profesor komunikasi di Universiti South Florida.
 
Maklumat audio itu kemudian diproses untuk mensasarkan iklan kepada pengguna yang berminat atau berbual tentang perkara tersebut, lapor The Independent minggu lepas.
 
Facebook mengakui aplikasinya itu, yang sudah wujud sejak 2014, memantau apa yang didengar dan ditonton pengguna. Namun ia menafikan menyimpan rakaman tersebut.
 
Syarikat itu juga menafikan bunyi yang didengar di sekeliling penggunanya digunakan untuk menentukan kandungan dalam aplikasinya.
 
Ia mengakui mendengar bunyi di sekitar pengguna dan juga mengumpul maklumat daripada mereka ― namun menafikan ia “menggabungkan kedua-duanya”, lapor portal itu lagi.
 
“Facebook sekali-kali tidak menggunakan audio mikrofon untuk menyalurkan iklan atau menyuapkan berita,” kata jurucakapnya kepada media Britain itu.
 
“Syarikat (iklan) boleh menyebarkan iklan berdasarkan minat pengguna dan maklumat demografi lain, tetapi bukan melalui pengumpulan rakaman suara.”
 
Ketika mula diperkenalkan di Amerika Syarikat dua tahun lalu, ia mencetuskan kontroversi. Waktu itu Facebook mengakui ia “sentiasa mendengar” tetapi tidak menyimpan “bunyi mentah” yang didengarnya.
 
Dalam laporan berasingan The Independent kelmarin, Google juga didakwa secara senyap-senyap merakamkan perbualan pengguna internet sejak bertahun-tahun lalu.
 
Kemudahan itu asalnya untuk membolehkan pengguna mencari bahan di Internet menggunakan suara dan rakaman yang disimpan itu pula menambah baik alat pengecaman bahasa Google.
 
Kini, halaman khas himpunan audio pengguna diperkenalkan pada Jun 2015 dan aktif sepanjang tahun lalu. Ia memaparkan semua suara anda yang boleh diakses semula dan dipadam.
 
Rakaman itu juga boleh berfungsi semacam catatan harian seseorang dalam bentuk audio, mengingatkan anda pelbagai tempat dan suasana anda dan telefon anda berada.
 
Pada halaman ini, anda boleh mendengar semua rakaman dan juga maklumat bagaimana ia dirakamkan oleh syarikat gergasi itu ― sama ada melalui aplikasi Google atau yang lain.
 
Anda juga boleh membaca transkrip suara tersebut jika Google berjaya menukar kepada tulisan. Atau, jika tidak mahu menyimpannya, anda boleh memadamkan semuanya atau sebahagiannya.
 
Cara paling mudah menghalang Google merekodkan suara atau bunyi di sekitar anda, matikan sahaja bantuan maya (virtual assistant) dan jangan sekali-kali guna carian suara!  - SuaraTV

Possibly Related Threads...
Mark Zuckerberg Rugi Rm11 Bilion Ubah News Feed Facebook
Facebook Minta Pengguna Di Australia Beri Gambar Bogel Untuk Projek Percubaan
Mark Zuckerberg Mohon Maaf Facebook Memecah Belahkan Masyarakat
Hidup Akan Lebih Lama Jika Ketagih Facebook, Kata Kajian
Zuckerberg Jual Saham Facebook Untuk Tujuan Derma
Facebook Tersalah Bendera Dalam Ucapan Kemerdekaan Filipina
Facebook Lancar Ciri '360 Photos' Hari Ini
Lelaki Lebih Baran, Kuat Bertengkar Di Facebook Berbanding Wanita, Kata Kajian
Make Money Using Your Facebook And Twitter Acccount.
Pengguna Di Malaysia Layari Facebook 3 Jam Sehari



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 529
Facebook, Google Didakwa Curi Dengar Perbualan Pengguna
sukawg
103134
Forum Jump: