Nick:  
Pass:    
RegisterHelpMember ListView New PostsView Today's Posts


Facebook Komuniti: InstaForex Kuala Lumpur



11-20-2012, 03:45 PM
Post: #15
RE: Facebook Komuniti: InstaForex Kuala Lumpur >> wangolds.com
3 Rahsia Jutawan Pelaburan ‘Usaha-Sendiri’

[Image: photo.jpg]


Warren Buffett dilahirkan pada tahun 1930 dan merupakan kanak-kanak yang hidup dalam zaman kemelesetan besar. Hari ini dia bernilai lebih $ 40 bilion. George Soros dilahirkan pada tahun yang sama, juga merupakan kanak-kanak yang hidup dalam zaman kemelesetan besar, Holocaust dan Perang Dunia Kedua. Menurut Forbes.com, dia bernilai $7.2 bilion. Carl Icahn dilahirkan pada tahun 1936. Beliau juga pernah terdesak sehingga terpaksa menjual kereta untuk meneruskan hidup . Forbes.com mengatakan dia bernilai $8.5 bilion pada hari ini.

Kesemua mereka bermula dengan tiada apa-apa, namun berakhir dengan gelaran jutawan terkemuka. Kesemuanya melakukan dengan jalan yang sama iaitu pelaburan.

Pada sekilas pandang mereka seolah-olah tidak mempunyai banyak persamaan. Buffett membeli saham, dan keseluruhan syarikat dengan mengatakan tempoh kegemaran pegangan pelaburan beliau adalah "selama-lamanya”. Soros pula menjadi jutawan dengan membuat perdagangan dengan leverage besar dalam saham dan mata wang. Icahn membeli pengawal kepentingan dalam syarikat-syarikat awam dan pengurusan Badgers untuk, menjual aset, membeli balik saham dan melakukan apa sahaja untuk merealisasikan nilai tersembunyi disebaliknya

Tetapi mereka mempunyai beberapa ciri-ciri yang sama, terdapat beberapa teras idea dalam pelaburan yang membantu menjadikan mereka jutawan. Seperti juga rahsia terbesar dalam kehidupan lain, rahsia ini tersembunyi di sisi yang nyata. 3 Rahsia Jutawan Pelaburan ‘Usaha-Sendiri’….

1. Jangan mempelbagaikan.
2. Elakkan risiko.
3. Jangan peduli apa orang lain fikirkan.

# 1: JANGAN MEMPELBAGAIKAN (Tumpukan perhatian)
Cuba pertimbangkan, apakah sumber terbesar anda dalam menjana harta? Jawapannya tertulah KERJAYA anda. Anda mungkin tidak akan mempelbagaikan kerjaya anda. Malah jika anda cuba membuat banyak kerjaya yang berbeza, anda tidak mampu untuk melakukan semuanya sekali gus, dan adalah sangat mungkin untuk anda menghabiskan sebahagian besar masa anda hanya pada salah satu daripadanya dan ianya merupakan pekerjaan yang memberikan anda pendapatan yang paling besar.

Jadi, begitulah juga halnya dalam pelaburan.

Selama bertahun-tahun, kebanyakkan wang daripada syarikat Berkshire Hathway milik Buffet hanya dilaburkan dalam empat Saham; American Express, Cola-cola, Wells Fargo dan Gillette. Setelah itu Gillette diperolehi oleh Proctor & Gamble, dan kemudiannya beliau menjual Wells Fargo. Namun, beliau masih memiliki dua yang lain, dan merupakan pemegang saham terbesar kedua-duanya, memegang 12% daripada American Express dan 8% daripada Coke. Beliau mendapat $ 17 bilion pada kedua-dua saham.

# 2: ELAKKAN RISIKO
Semasa Carl Icahn membeli saham Tappan, dia telah membayar sekitar $ 7.50 setiap satu. Tetapi dia tahu dengan melihat pada lembaran kira-kira syarikat itu, adalah jelas ia bernilai $ 20 jika dipecahkan. Itu merupakan diskaun 62% kepada nilai saksama, pertaruhan yang sangat selamat.

Selepas Tappan, Icahn mensasarkan pelaburan amanah hartanah iaitu Baird dan Warner. Pada masa dia menemuinya, stok didagangkan pada $ 7,89. Manakala nilai tempahan ialah $ 14. Itu merupakan diskaun 44% kepada nilai tempahan, dan merupakan margin yang selamat.

Cara Soros menguruskan risiko berbeza daripada Icahn dan Buffett. Beliau berkata, perkara pertama yang beliau ingin lakukan adalah kekal bertahan, dan dia terkenal dengan cara melawan pengunduran tergesa-gesa apabila dia tersalah. Dia sentiasa menyimpan potensi kerugian dalam fikirannya sebelum melakukan perdagangan. Apabila dia terpintas $ 10 bilion pound British pada tahun 1992, beliau mula berkira-kira bahawa senario terburuk untuk kehilangan adalah sekitar 4%.

# 3: BERFIKIR SENDIRI.
Wall Street tidak mahu membeli saham Washington Post apabila Buffett mula membelinya pada bulan Februari 1973. Dan benar, walaupun kebanyakan penganalisis Wall Street mengakui bahawa ia merupakan sebuah syarikat bernilai $ 400 juta dan dijual pada $ 80 juta. Namun mereka terlalu takut untuk membeli kerana keseluruhan pasaran telah jatuh untuk beberapa ketika.

Soros berbual dengan orang ramai untuk mendapatkan gambaran ke mana pasaran akan pergi. Namun beliau sendiri tidak pernah bercakap samaada dia membeli atau menjual. Beliau terus melakukannya.

Carl Icahn tidak perlu Wall Street, kerana dia mempunyai pasukan penyelidikan sendiri. Icahn mempunyai gerombolan pasukan melalui beribu-ribu syarikat tersenarai dan mencari orang yang layak untuk mengendalikan gaya korporat beliau. Jika dia membeli seluruh pasukan penyelidikan dari Wall Street, seluruh dunia akan memikirkan apa yang dia lakukan, dan ia akan menjadi sukar untuk membeli saham yang murah.

Berfikir untuk diri sendiri, elakkan risiko, dan jangan cuba untuk mempelbagaikan pelaburan yang anda sendiri tidak faham.
Jika anda benar-benar mahu berjaya dalam saham dan Forex, ikutilah ketiga-tiga peraturan asas tersebut.

Semoga berjaya dalam pelaburan dan dagangan anda Wink

InstaForex Kuala Lumpur
B-6-4, Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Waktu Pejabat: 10 a.m. - 7 p.m.
Hubungi kami di: Tel: 03-28585565 Skype: ifx.kualalumpur
http://www.facebook.com/instaforexkualalumpur
Offline
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
11-21-2012, 07:34 PM
Post: #16
RE: Facebook Komuniti: InstaForex Kuala Lumpur >> wangolds.com
Kuasa Dolar Kian Terhenti.

[Image: 07a3ec6fe70518a71cf5d5b1c7447408.jpg]


Baru-baru ini Euro dikatakan akan memberikan bekalan untuk dolar AS. Bagaimanapun hari ini, ramai pakar masih ragu-ragu mengenai masa depan dolar AS akan menjadi cerah. Salah satu faktor yang paling menyedihkan untuk dolar adalah hutang awam AS yang kian membengkak. Hutang Siling telah membawa kepada angka yang lebih tinggi iaitu $16 trilion, yang juga boleh mencetuskan pengeluaran lebih banyak cetakan wang kertas.

Oleh perkara demikian, ia pasti akan memberikan kesan sampingan ke atas harga tenaga, iaitu harga minyak. Pasaran komoditi juga akan terjejas dengan kos gandum dan emas semakin tinggi. Bagaimanapun, perubahan-perubahan tersebut terlalu sukar untuk cukup bagi memanfaatkan sektor kewangan, jadi Euro dan rakan sejawatannya Amerika berkemungkinan hanya mengekalkan tempat mereka seperti hari ini.

Pada ketika ini China dan mata wang Negara nya menjadi pusat tumpuan. Yuan secara beransur-ansur menjadi semakin penting. Seperti mana mata wang China sepenuhnya boleh ditukarkan, Republik Rakyat China akan mengukuhkan kedudukannya di dunia. Terdapat cakap-cakap bahawa yuan mungkin menjadi mata wang rizab dalam masa yang terdekat.

Bagi Ruble Rusia pula, prospek kelihatan tidak memberangsangkan. Akaun Persekutuan Rusia hanya 2% dalam GDP global. Di samping itu, inflasi di negara tersebut berada pada tahap yang tidak boleh diterima. Dalam konteks ini, Ruble kelihatan tidak mampu mengukuh.

InstaForex Kuala Lumpur
B-6-4, Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Waktu Pejabat: 10 a.m. - 7 p.m.
Hubungi kami di: Tel: 03-28585565 Skype: ifx.kualalumpur
http://www.facebook.com/instaforexkualalumpur
Offline
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
11-22-2012, 06:58 PM
Post: #17
RE: Facebook Komuniti: InstaForex Kuala Lumpur >> wangolds.com
4 Kesalahan Terbesar Pelabur.

[Image: 311252_388415987899104_2052931527_n.jpg]


Satu-satunya perkara yang paling sukar ketika membeli saham ialah ketika memutuskan bila perlu menjual kembali. Sama ada anda menganggap diri anda seorang pelabur jangka panjang atau tidak, adalah sesuatu yang bagus untuk menyimpan peraturan Warren Buffett dalam fikiran:

"Peraturan No.1: Jangan kehilangan wang pelaburan dan Peraturan No.2: Jangan lupakan peraturan No.1"

Sama ada anda perlu ‘cut loss’ atau ‘take profit’, bacalah beberapa contoh dan tips daripada kami untuk membantu anda mengaplikasikannya dalam urusniaga anda.

Berikut adalah diantara 4 Kesalahan terbesar pelabur:

1. Membeli Saham Ketika Berada Dalam Kemerosotan Sektor.
Walaupun ramai pedagang akan mengelak untuk menjual saham - terutamanya jika ia daripada sebuah syarikat yang hebat dengan pulangan keuntungan besar dan sedikit hutang – namun selalunya, terdapat realiti disebalik pesonanya, saham itu berjalan dengan teruk apabila berada dalam kemerosotan sektor.
Jika anda memiliki saham ketika kemerosotan sektor, anda harus mempertimbangkan untuk menjual kerana syarikat yang hebat pun tidak akan selamat daripada ngauman sang beruang "bearish". Malah membeli dan menjual saham hari ini adalah lebih mudah dan murah berbanding sebelum ini. Bagi pelabur jangka panjang, kadang-kadang adalah perlu untuk melakukan jualan jangka pendek untuk mematuhi Peraturan pertama Buffett: Jangan kehilangan wang!

2. Terlalu Emosi.
Jika anda membawa emosi bersama-sama ketika berurusan dengan saham, anda akan berakhir dengan menanggung kerugian. Diantara sebab-sebab bagaimana seorang pelabur yang hebat menjadi mangsa kepada perangkap ini adalah, mereka meletakkan begitu banyak kerja dalam mencari saham yang "betul". Mereka membaca segunung buku-buku saham, merangka sebuah sistem saham cemerlang- terlampau memilih sistem dan input ke dalamnya. Akhirnya, pelabur tersebut telah menyempitkan pilihannya ke dalam satu "permata". Adakah perkara tersebut berlaku kepada anda? Jika anda membiarkan saham menjadi satu kebanggaan dan kegembiraan buat anda, anda mungkin menderita apabila mengalami kerugian. Dalam buku hasil tulisan Jim Cramer, "Real Money: Sane Investing in an Insane World" (2005), beliau mengatakan: “investors should love a stock when it's making money; when it isn't, cut it loose!”
Beremosi ketika berurusan dengan saham adalah lumrah manusia, sentiasa mahukan segalanya dalam keadaan yang tepat. Namun adakah anda mahukan ketepatan – atau menjana keuntungan?

3. Membiarkan Profit Kerana Mengikut Jadual.
Profit bukanlah satu keuntungan selagi anda tidak membawanya keluar. Apabila saham terus memuncak menuju ke atas dan anda mulai rasa di luar kawalan, ini merupakan masa yang baik untuk melakukan peraturan " menjual satu pertiga " atau " menjual separuh ". Dengan cara ini, anda telah membuat keuntungan dengan membawa keluar separuh keuntungan dan disamping itu separuh lagi ditinggalkan supaya anda tidak ketinggalan membuat keuntungan jika saham tersebut secara berterusan mendaki. Walaupun kadar cukai adalah lebih tinggi bagi keuntungan saham yang dibuat kurang dari setahun, namun adalah lebih baik untuk memiliki sebahagian keuntungan daripada mengambil risiko kerugian- atau langsung rugi.

4. Membeli dan tunggu ... dan tunggu, dan terus tunggu.
Rahsia sebenar untuk mengetahui bila masa yang sesuai untuk menjual semula saham adalah dengan membaca, membaca dan kemudian baca lagi. Walaupun sibuk ambilah masa beberapa minit dari hari anda untuk mengetahui apa yang berlaku dalam pasaran, ekonomi dan saham khususnya. Membaca adalah seperti insurans: lebih banyak anda tahu, lebih banyak anda dilindungi.
Jika anda mempunyai strategi yang teguh di tempatnya, dengan bantuan maklumat boleh memberi anda kuasa yang diperlukan untuk membuat tindakan, samaada buat keuntungan atau elak kerugian.

Melangkah ke Hadapan.
Tiada sains yang tepat untuk mengetahui bila masa terbaik untuk menjual, indicator hanya boleh memberikan kita petunjuk. Belajar dari kesilapan orang lain adalah strategi yang besar untuk mengelakkan membuat kesilapan yang sama bagi diri kita. Jika sebuah syarikat yang kukuh mempunyai harga saham menjunam ke bawah, cari petunjuk mengapa dan ketahui apa yang sedang berlaku dalam sektor itu. Ingat untuk mengetahui lebih jelas apabila menilai saham dan tidak melalui emosi. Akhir sekali, pengetahuan adalah alat terhebat. Baca buku-buku mereka yang telah berjaya dalam pelaburan kerana mereka berkongsi pelbagai pengetahuan dan pengalaman. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pasaran kewangan, tetapi jika anda bersedia untuk memberi masa dan usaha untuk membaca dan menyelidik pelaburan, anda akan cukup bersedia untuk membuat keuntungan dan mengelak kerugian.

InstaForex Kuala Lumpur
B-6-4, Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Waktu Pejabat: 10 a.m. - 7 p.m.
Hubungi kami di: Tel: 03-28585565 Skype: ifx.kualalumpur
http://www.facebook.com/instaforexkualalumpur
Offline
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
11-22-2012, 07:40 PM
Post: #18
RE: Facebook Komuniti: InstaForex Kuala Lumpur >> wangolds.com
20 Negeri US Meminta Kemerdekaan.

[Image: e8482c1f2141187f00c7090b1bd98c99.jpg]


Seramai kira-kira 100,000 rakyat Amerika menegaskan bahawa 20 buah negeri ingin keluar daripada Negara tersebut. Kebanyakkan petisyen yang menuntut ingin berpecah dari Amerika tersebut telah difailkan oleh penyokong Mitt Romney yang mewakili Parti Republikan.

Petisyen tersebut telah ditandatangani sejurus selepas Demokrat Barack Obama dipilih semula bagi penggal kedua dan meletakkan halaman ‘We The People’ dilaman web White House. Laman ini telah direka untuk setiap warganegara Amerika Syarikat bagi memfailkan petisyen sendiri atau menyertai petesyen yang telah difailkan. Kesemuanya dua puluh petisyen berdasarkan polisi ‘The present goverment’: Texas, New York, New Jersey, North dan South Carolina, Alabama, Georgia, Florida, Indiana, Michigan, Tennessee, Louisiana, Kentucky, Arkansas, Colorado, North Dakota, Oregon, Mississippi, Missouri dan Montana.

Petisyen daripada Tennessee meminta dengan aman supaya memberikan negeri tersebut keluar dari Amerika Syarikat dan mewujudkan kerajaan baru sendiri, ia telah ditandatangani oleh 8000 penyokong. Petisyen berpisah daripada Texas pula mempunyai lebih daripada 25,000 tandatangan. Jika bilangan tandatangan bertambah lagi, orang ramai akan mendapat sambutan rasmi dari White House. Kebanyakan aduan penduduk Texas mempunyai kaitan dengan hak pelanggaran manusia yang dilalui semasa pemeriksaan keselamatan lapangan terbang. Perkara seumpanya pernah berlaku dan menyebabkan Perang Saudara Amerika (1860 dan 1861), sejurus selepas Abraham Lincoln telah dilantik sebagai presiden keenam belas Amerika Syarikat.

InstaForex Kuala Lumpur
B-6-4, Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Waktu Pejabat: 10 a.m. - 7 p.m.
Hubungi kami di: Tel: 03-28585565 Skype: ifx.kualalumpur
http://www.facebook.com/instaforexkualalumpur
Offline
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
11-29-2012, 01:35 PM
Post: #19
RE: Facebook Komuniti: InstaForex Kuala Lumpur >> wangolds.com
Perancis Kelihatan Mengikuti Jejak Greece.

[Image: adaaddb10b4ecce22990e780289b0a67.jpg]


Kerajaan Jerman menggesa Perancis untuk mempercepatkan pembaharuan semula, kerana jika tidak ia mungkin akan menjadi mangsa kepada krisis hutang zon Euro. Kenyataan IMF di Perancis yang dikeluarkan pada awal November menegaskan sektor perindustrian adalah lemah di negara tersebut. Peserta pasaran semakin kurang yakin dalam ekonomi Perancis yang mungkin mengancam kestabilan keseluruhan zon Euro. Menurut pakar-pakar IMF, agar tidak terperangkap dalam krisis hutang, kerajaan Perancis harus berusaha dengan keras di sektor kewangan. Olli Rehn, selaku Pesuruhjaya Ekonomi dan Kewangan Hal Ehwal EU, memberikan ramalan ekonomi untuk tahun 2013 yang membandingkan situasi ekonomi di Perancis dan Jerman, beliau berkata bahawa Jerman mempunyai situasi yang lebih baik daripada Perancis. Pada tahun 2013 GDP Perancis dijangka mengecut dua kali ganda lebih daripada jangkaan kerajaan nasional. Hutang awam Perancis dilihat berkembang sebanyak 3.5% pada tahun 2013, berbanding 3% yang diramalkan oleh kerajaan Perancis.

InstaForex Kuala Lumpur
B-6-4, Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Waktu Pejabat: 10 a.m. - 7 p.m.
Hubungi kami di: Tel: 03-28585565 Skype: ifx.kualalumpur
http://www.facebook.com/instaforexkualalumpur
Offline
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
11-29-2012, 01:44 PM
Post: #20
RE: Facebook Komuniti: InstaForex Kuala Lumpur >> wangolds.com
Federal Reserve Meneruskan Percetakan Wang.

[Image: 4c66af6399277e7fbd2f5cd5d4e54e1c.jpg]


Federal Reserve, bank pusat Amerika tidak bercadang untuk mengubah kadarnya yang rendah, kecuali kenaikan inflasi dan kadar pengangguran. Pihak pengatur telah menetapkan untuk meneruskan dasar pelonggaran monetari sehinggalah matlamat tercapai, tidak kira berapa lama masa yang diperlukan. Ia sebenarnya bermaksud, bank paling berpengaruh di dunia tersebut akan terus mencetak dolar Amerika sehingga ekonomi Negara tersebut pulih semula. Janet Yellen, selaku Naib Presiden Lembaga Gabenor Federal Reserve, ketika memberikan ucapannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan, mencadangkan untuk menukar asas dasar monetari kepada kadar pengangguran dan kadar pertumbuhan GDP. Oleh kerana kenyataannya dikeluarkan pada hari Khamis, ahli FOMC telah berkongsi pendekatan Janet. Mesyuarat yang diadakan pada 23-24 Oktober 2012, menberikan keputusan untuk melampirkan dasar monetari kepada penunjuk makroekonomi. Cadangan Janet Yellen tersebut disertai dengan perhatian ahli ekonomi dan mendapat sokongan Federal Reserve. Lantaran itu, bank-bank pusat yang lain dapat mengambil bahagian dalam mensasarkan pertumbuhan GDP.

InstaForex Kuala Lumpur
B-6-4, Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Waktu Pejabat: 10 a.m. - 7 p.m.
Hubungi kami di: Tel: 03-28585565 Skype: ifx.kualalumpur
http://www.facebook.com/instaforexkualalumpur
Offline
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
11-29-2012, 06:52 PM
Post: #21
RE: Facebook Komuniti: InstaForex Kuala Lumpur >> wangolds.com
Para Hartawan Dunia Dilaporkan Hilang Berbilion Dolar.

[Image: e380f3a7d29812f8fc5f42ca00efb8dd.jpg]


Krisis Eropah yang berlanjutan serta dasar bajet US yang meragukan telah memberikan kesan kepada para hartawan dunia. Sepanjang minggu lalu sahaja kira-kira $ 26 juta daripada hasil pendapatan mereka susut. Penunjuk ekonomi Eurozone tidak kelihatan memberangsangkan. Pada suku ketiga GDP blok mata wang meningkat sebanyak hanya 0.1%. Sistem kewangan Kesatuan Eropah terus menjunam ke dalam kemelesetan. Keadaan di Amerika Syarikat masih menimbulkan kebimbangan. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bersedia untuk berbicara bersama ahli Kongres dalam usaha mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan sebanyak $ 607 bilion. Walau bagaimanapun, kerajaan US masih tidak mencapai sebarang keputusan lagi, ketidaktentuan ekonomi global dijangka berterusan. Ketika kerajaan US berusaha mencari penyelesaian, indeks S&P 500 yang terdiri daripada 500 syarikat-syarikat besar Amerika jatuh 1.45%, dan indeks STOXX Europe 600 jatuh 2.74%. Pada minggu lalu, Carlos Slim, hartawan Mexico yang merupakan individu terkaya di dunia mendapati pendapatannya susut sebanyak $ 1.2 bilion, manakala Bill Gates, orang kedua terkaya di dunia, terjejas sebanyak $ 1.8 bilion. Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg muncul satu-satunya yang tidak terjejas. Malah kekayaannya meningkat apabila saham Facebook meningkat 22.7% yang bersamaan dengan $ 2.2 bilion. Hari ini Mark Zuckerberg masih antara 72 individu terkaya di dunia.

InstaForex Kuala Lumpur
B-6-4, Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Waktu Pejabat: 10 a.m. - 7 p.m.
Hubungi kami di: Tel: 03-28585565 Skype: ifx.kualalumpur
http://www.facebook.com/instaforexkualalumpur
Offline
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
Post Reply 

[-]
Facebook Comments 



Forum Jump:


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)
replies: 80 and views: 3643
Facebook Komuniti: InstaForex Kuala Lumpur
InstaForex Kuala Lumpur
48145








Powered By MyBB, © 2002-2014 MyBB Group. RSS Syndication
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on wangolds.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of wangolds.com or it's owner. wangolds does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE

Online Users
There are currently 58 online users.
» 0 Member(s) | 58 Guest(s)

GREATEST BROKER FX 2014