Facebook Minta Pengguna Di Australia Beri Gambar Bogel Untuk Projek Percubaan

Offline
11-09-2017, 11:49 PM,
#1
resim

GERGASI media sosial Facebook meminta pengguna dari Australia memberikan foto sulit mereka untuk sebuah projek percubaan.

Menurut USA Today, projek tersebut adalah satu usaha untuk memerangi taktik membalas dendam menggunakan bahan lucah.

Pengguna Facebook dewasa yang pernah memuat naik foto sulit mereka sebelum ini dan bimbang ia diedarkan tanpa izin boleh melaporkannya kepada Pesuruhjaya e-Keselamatan Australia.

Caranya, foto sulit yang diberi pengguna (melalui saluran selamat) akan diproses oleh Facebook dan diberikan 'cap jari digital'.

Ciri cap jari digital berkenaan akan digunakan untuk menghalang sebarang penyebaran bahan yang mengandungi ciri tersebut.

Cara tersebut akan digunakan Facebook untuk memerangi gejala ini, satu taktik atau eksploitasi popular yang digunakan oleh penjenayah siber untuk memalukan atau memeras ugut mangsa mereka.

Menurut kenyataan Pesuruhjaya e-Keselamatan Australia, negara berkenaan adalah salah sebuah dari empat negara yang mengambil bahagian dalam projek Facebook tersebut.

Projek percubaan tersebut lahir dari kumpulan Global Working Group yang ditubuhkan Facebook untuk menjaga keselamatan pelayar laman sosial.

"Kami telah menyertai Global Working Group untuk mencari penyelesaian yang memastikan pelayar selamat, dan kami berbangga untuk bekerjasama dengan Facebook dalam inisiatif penting ini dalam usaha memperkasakan (pelayar laman sosial) Australia untuk menghentikan eksploitasi berdasarkan imej kaedah ini," kata ketua Pesuruhjaya e-Keselamatan Australia, Julie Inman Grant.

Ketua Keselamatan Global Facebook, Antigone Davis mengatakan program percubaan tersebut adalah yang pertama di dunia dan menggunakan teknologi moden untuk menghalang penyebaran imej tertentu di platformnya.

"Sebagai salah satu usaha berterusan untuk mengesan dan membuang bahan yang melanggar standard komuniti (Facebook), kami menggunakan teknologi padanan imej untuk menghalang penyebaran imej sulit tanpa izin di Facebook, Instagram, Facebook Groups dan Facebook Messenger.

Melalui kenyataan Pesuruhjaya e-Keselamatan Australia juga, tiga negara lain yang mengambil bahagian dalam projek tersebut adalah Amerika Syarikat, Britain dan Kanada. - Sinar

Possibly Related Threads...
Mark Zuckerberg Rugi Rm11 Bilion Ubah News Feed Facebook
Mark Zuckerberg Mohon Maaf Facebook Memecah Belahkan Masyarakat
Admin Boleh Dipenjara? Skmm Beri Panduan Kepada Pentadbir Aplikasi Sosial
Hidup Akan Lebih Lama Jika Ketagih Facebook, Kata Kajian
Zuckerberg Jual Saham Facebook Untuk Tujuan Derma
Facebook Tersalah Bendera Dalam Ucapan Kemerdekaan Filipina
Facebook Lancar Ciri '360 Photos' Hari Ini
Facebook, Google Didakwa Curi Dengar Perbualan Pengguna
Lelaki Lebih Baran, Kuat Bertengkar Di Facebook Berbanding Wanita, Kata Kajian
Make Money Using Your Facebook And Twitter Acccount.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 39
Facebook Minta Pengguna Di Australia Beri Gambar Bogel Untuk Projek Percubaan
sukawg
113565
Forum Jump: