Facebook Tersalah Bendera Dalam Ucapan Kemerdekaan Filipina

Offline
06-13-2016, 12:58 PM,
#1
resim
Facebook gunakan bendera terbalik dalam mesej Hari Kemerdekaan, Ahad lepas. Screengrab / The Philippine Star 

DUBAI: Facebook yang turut sama meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-118 Filipina, melakukan kesilapan besar apabila menggambarkan negara itu sedang berperang.

Kesilapan itu disedari pada rekaan ucapan untuk dikongsi bersama rakan yang tertera imej bendera Filipina yang terbalik dengan jalur merah di sebelah atas. 

Imej itu lengkap dengan ucapan berbunyi: "Selamat Hari Kemerdekaan! Moga Filipina beroleh kesihatan, kebahagiaan dan kemakmuran." 

Menurut Seksyen 10 Akta Republik 8491 atau Kod Bendera dan Lambang Filipina, bendera Filipina boleh digunakan untuk menunjukkan sama ada negara itu aman atau berperang. 

Panel biru pada bendera sepatutnya berada di atas yang menunjukkan keamanan. 

Apabila warna merah berada di atas, ia menggambarkan peperangan. 

"Malangnya seolah-olah ada kesilapan dalam cara bendera Filipina dipaparkan. Jelas sekali, individu yang mereka ucapan itu tidak tahu simbolik di sebalik unsur-unsur dan warna bendera Filipina. 

"Tetapi kami tidak boleh menyalahkan mereka kerana mereka tidak mungkin mengetahuinya," kata Konsul Besar Filipina, Paul Raymund Cortes kepada Gulf News. 

Ucapan itu muncul untuk seketika tetapi dihentikan sebaik mendapat teguran pengguna. 

Dalam satu kenyataan menerusi e-mel yang dihantar kepada Gulf News, seorang jurucakap Facebook berkata: "Kesilapan ini adalah tidak disengajakan, dan kami memohon maaf. Kami mengambil berat mengenai masyarakat di Filipina dan dalam usaha untuk menghubungkan orang ramai pada Hari Kemerdekaan, kami membuat kesilapan." - AGENSI/BH


resim

Possibly Related Threads...
Mark Zuckerberg Rugi Rm11 Bilion Ubah News Feed Facebook
Facebook Minta Pengguna Di Australia Beri Gambar Bogel Untuk Projek Percubaan
Mark Zuckerberg Mohon Maaf Facebook Memecah Belahkan Masyarakat
Hidup Akan Lebih Lama Jika Ketagih Facebook, Kata Kajian
Zuckerberg Jual Saham Facebook Untuk Tujuan Derma
Facebook Lancar Ciri '360 Photos' Hari Ini
Facebook, Google Didakwa Curi Dengar Perbualan Pengguna
Lelaki Lebih Baran, Kuat Bertengkar Di Facebook Berbanding Wanita, Kata Kajian
Make Money Using Your Facebook And Twitter Acccount.
Pengguna Di Malaysia Layari Facebook 3 Jam Sehari



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 468
Facebook Tersalah Bendera Dalam Ucapan Kemerdekaan Filipina
sukawg
103271
Forum Jump: