Forexmart - Economic News

Offline
12-28-2016, 09:34 PM,
#16
resim

STOK PERDAGANGAN AS MENCATAT PARAS TERTINGGI BERIKUTAN KENAIKAN HARGA MINYAK, BON MENURUN.

Saham-saham AS didagangkan dalam paras rekod tertinggi di tengah-tengah kecairan pasaran yang rendah selepas harga minyak mencatatkan kenaikan yang paling lama dalam tempoh empat bulan. Sementara itu, US treasuries menurun berikutan penyusutan permintaan dalam lelongan Nota-Nota dua tahun. Kenaikan harga minyak untuk hari ketujuh berturut-turut adalah tindak balas kepada jangkaan daripada majoriti market player bahawa pemotongan pengeluaran baru-baru ini dari kedua-dua bukan OPEC dan negara-negara anggota OPEC akan menjadi penting dalam pengurangan lebihan bekalan.

Source : https://www.forexmart.com/economic-news/article/129/US-Stocks-Trade-Near-Record-High-as-Oil-Prices-Surge--Bonds-Drop
Offline
12-28-2016, 09:56 PM,
#17
resim

EKONOMI CHINA KEKAL STABIL SEHINGGA TAHUN 2017

Biro Statistik yang dikeluarkan KDNK China menunjukkan pertumbuhan 6.7% dalam tiga suku tahun 2016 yang lepas. Ekonomi kedua terbesar di dunia ini menunjukkan pertumbuhan yang stabil yang mana ia merupakan tanda-tanda kemungkinan sasaran negara bagi tahun ini dapat disempurnakan.

Data-data yang dikeluarkan seterusnya memberi pentunjuk kestabilan ekonomi di bawah sektor perindustrian, penggunaan dan pelaburan sektor dari Oktober hingga November. Manakala industri perkhidmatan meningkat kerana keyakinan yang memberangsangkan dalam sektor pertanian. Pegawai Cina dari Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) yakin bahawa trend positif akan berterusan sehingga tahun 2017. Stephen Roach, seorang ahli ekonomi memberitahu China Daily bahawa pencapaian pertumbuhan KDNK yang disasarkan kerajaan akan menyumbang 1.2 peratusan mata.

Source : https://www.forexmart.com/economic-news/article/130/China’s-Economy-Remains-Stable-Until-2017
Offline
12-29-2016, 09:45 PM,
#18
resim

USD MENCECAH PARAS TERTINGGI DALAM 14 TAHUN KERANA EUR JATUH MENJUNAM KE PARAS TERENDAH TAHUN 2016

Dolar AS melonjak ke tahap tertinggi untuk minggu ini dan telah hampir mencapai jarak dagangan tertinggi sejak 2002 seperti yang dilihat dalam indeks DXY. Sementara itu, EUR mengalami tekanan kejatuhan berbanding USD berbanding mata wang lain selepas kehilangan kira-kira 0.6% daripada nilai dagangannya sebelumnya. Kenaikan Dollar keatas pasangan matawang lain adalah selepas 10-Year Treasury Yields jatuh ke paras terendah baru 2.52% berikutan permintaan tinggi lelongan untuk 5-Year Note bernilai $34.0 bilion.

Source : https://www.forexmart.com/economic-news/article/133/USD-Reaches-14-Year-Highs-as-EUR-Plummets-to-Lowest-Levels-in-2016
Offline
12-29-2016, 10:16 PM,
#19
resim

KEMEROSOTAN KELULUSAN PINJAMAN PERUMAHAN UK PADA NOVEMBER


Data bagi kelulusan pinjaman perumahan pada November mengalami kemerosotan mengikut rekod Persatuan Bank-Bank British (BBA). Angka yang menunjukkan 40,700 jauh lebih rendah berbanding 40,800 dari bulan sebelumya. Dengan mengambil kira jangkaan awal 40.900 dan keputusan akhir yang keluar adalah lebih teruk daripada jangkaan.

Penurunan dalam kelulusan pembelian rumah adalah 9% sejak November tahun lepas, manakala penurunan 4% bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini. Di sisi lain, terdapat satu perubahan sederhana dalam pertumbuhan kredit pengguna yang dibentangkan dengan kadar tahunan 6% walaupun permintaan keseluruhan yang kukuh.

Selain itu, BBA menyatakan bahawa kadar faedah yang rendah secara berterusan memberikan sedikit sokongan kukuh bertujuan untuk menggalakkan pinjaman manakala deposit peribadi meningkat yang menunjukkan sebagai bukti bahawa baki tunai dari pengguna juga meningkat kerana kebimbangan ekonomi. Walau bagaimanapun, data ini akan menjadi pencetus kejatuhan tahap perbelanjaan pengguna yang mana perbelanjaan pengguna secara keseluruhan juga akan perlahan.

Source : https://www.forexmart.com/economic-news/article/134/UK-Mortgage-Approvals-Decline-in-November
Offline
12-30-2016, 10:16 PM,
#20
resim

ANGGARAN CAPITAL ECB BAGI MONTE DEI PASCHI NYATA TINGGI BERBANDING PENILAIAN BANK OF ITALY

Keputusan modal Bank Pusat Eropah sebanyak 8.8 bilion Euro dikritik selepas Bank of Italiy mempunyai anggaran yang berbeza yang jauh lebih rendah berbanding dengan ECB. Walau bagaimanapun, pihak Perbendaharaan dikenakan 6.6 bilion Euro ($6.92 bilion) untuk kos peruntukkan menyelamat Banca Monte dei Paschi di Siena. Menurut ECB, € 4.6bn diperuntukkan untuk perbelanjaan segera negeri ini, manakala 2bn € itu disimpan untuk pampasan pelabur runcit dan baki € 2.2bn adalah keperluan untuk "entiti lain".
Offline
12-30-2016, 10:31 PM,
#21
resim

PEMBUKAAN PELABURAN ASING DI CHINA UNTUK MEMBENDUNG SEKTOR KEWANGANNYA

China membuka lebih banyak pintu pelaburan asing dalam perbankan, insurans, sekuriti dan firma penarafan kredit sebagai sebahagian daripada perkembangan mereka dalam kewangan sebagai ekonomi terbesar kedua dunia. Walaupun tempoh perubahan adalah masih tidak menentu. Ini mengurangkan kebimbangan syarikat-syarikat asing dengan garis panduan daripada Pembangunan Negara dan Suruhanjaya Pembaharuan (NDRC).

Langkah ini adalah menjurus ke arah liberalisasi sektor kewangan dan pada masa yang sama menyokong peralihan China ke arah perkhidmatan daripada sebuah negara yang bergantung pada industri. Pada masa yang sama, ini bagi menyelesaikan kejanggalan dalam aliran pelaburan sejak aliran keluar modal yang tinggi disebabkan kejatuhan nilai Yuan untuk tahun ini.

Source : https://www.forexmart.com/economic-news/article/141/Opening-of-Foreign-Investment-in-China-to-Curb-its-Financial-Sector-
[url=https://www.forexmart.com/economic-news/article/141/Opening-of-Foreign-Investment-in-China-to-Curb-its-Financial-Sector-?id=LGDWU][/url]
Offline
01-03-2017, 08:35 PM,
#22
resim

KDNK SINGAPURA MELONJAK SETELAH PERTUMBUHAN EKONOMI MELEBIHI JANGKAAN.


Pertumbuhan ekonomi Singapura telah meningkat dengan ketara dan baru-baru ini telah mencatatkan pertumbuhan yang paling pantas dalam tempoh tiga tahun pada suku sebelumnya hasil daripada perkhidmatan dan data pembuatan kembali meningkat semula daripada kerugian baru-baru ini. KDNK negara meningkat sebanyak 9.1% pada suku terakhir 2016, kadar terpantas sejak suku kedua 2013. Sementara itu, pertumbuhan tahunan keseluruhan bagi 2016 mencatatkan pertumbuhan 1.8%, pertumbuhan KDNK paling perlahan di negara ini sejak 2009.

Source : https://www.forexmart.com/economic-news/article/144/-Singaporean-GDP-Surges-as-Economic-Growth-Exceeds-Expectations
Offline
01-03-2017, 09:02 PM,
#23
resim

PANDANGAN EKONOMI PADA TAHUN 2017


Prestasi ekonomi yang dijangka untuk 2017 kelihatan sangat serupa dengan unjuran 2016. Ekonomi yang dikaji selidik oleh Reuters berkata ia akan menjadi "tidak sekata dan unspectacular". Keyakinan daripada pelabur adalah hasil daripada penembusan ekonomi dunia. Walaupun pakar-pakar juga menyebut kelembapan dalam perdagangan global ia menjadi bukti jelas di tengah-tengah pemulihan kecil dalam kemelesetan kewangan bermula hampir selepas satu dekad.

Pasaran baru terus kekal dilihat seperti terdedah. Pasaran Asia dijangka mempunyai pertumbuhan yang lebih rendah melihat ramalan 2017 untuk pertumbuhan global 3.2 peratus di mana pengiraan memperlihatkan sedikit kurangnya keyakinan berbanding dengan tahun lepas.

Kekuatan dolar AS berbanding Mata Wang lain mempunyai pengaruh ekonomi membangun dalam mengawal kadar inflasi yang lebih tinggi dan disebabkan keyakinan terhadap Indeks perniagaaan yang menurun.

Ekonomi Amerika mempunyai keperluan yang tinggi dalam meningkatkan output setiap pekerja untuk berjaya. Sebaliknya, zon euro baru-baru ini meningkat sejak Bank Pusat Eropah telah terus membeli bon sebulan bernilai sepuluh bilion euro. Selain itu, pilihan raya yang sedang berlangsung di negara-negara Perancis, Jerman dan Belanda dianggap ancaman kepada status quo rantau Eropah.
Akhirnya, kempen mengetatkan bank-bank pusat melemahkan kuasa dasar kewangan global.

Source : https://www.forexmart.com/economic-news/article/145/The-Outlook-for-the-Economy-in-2017
Offline
01-04-2017, 09:10 PM,
#24
resim

DATA POSITIF EKONOMI AS MERANSANG LONJAKAN DOLLAR INDEKS TIGA BULAN BERTURUT-TURUT

USD baru-baru ini telah melonjak ke tahap tertinggi dalam 14 tahun sebagai rentetan data ekonomi yang sangat positif dari Amerika Syarikat sekaligus meningkatkan prospek bullish matawang tersebut bagi tahun 2017 ini. USD terus meningkat lagi selepas data pembuatan Amerika Syarikat dipamerkan dengan kadar terpantas dalam tempoh dua tahun. Traders kini menunggu pengumuman minit mesyuarat Rizab Persekutuan yang ditetapkan pada hari Rabu, serta data pekerjaan AS yang dijadualkan akan dikeluarkan Jumaat akan datang ini. jangkaan ini akan menentukan sama ada nilai yang semakin meningkat dolar AS akan dikekalkan pada hari-hari akan datang.

Source : https://www.forexmart.com/economic-news/article/147/Positive-US-Economic-Data-Stimulates-Three-Month-Dollar-Index-Surge
Offline
01-04-2017, 09:29 PM,
#25
resim

HARGA MINYAK MENINGKAT DISEBABKAN PENAWARAN TERHAD

Minyak terus meningkat lebih tinggi hari ini kerana kenaikan harga yang disebabkan oleh pengurangan bekalan minyak mentah daripada pengeksport minyak utama seperti Arab Saudi. Selain itu, peningkatan nilai AS dolar dan kestabilan ekonomi memberikan pulangan yang terhad.

Bekalan minyak fizikal adalah terhad oleh kerana jumlah pengeluaran semakin ketara berkurangan yang telah digubal bagi memberhentikan lebihan minyak. Oleh itu, pengeluar minyak telah mendorong untuk menaikkan harga. Di sisi lain, import juga menjadi mahal kerana pengukuhan dolar Amerika Syarikat. Harga rasmi jualan dijangka meningkat pada bulan Februari.

Source : https://www.forexmart.com/economic-news/article/148/Oil-Price-Climbed-Due-to-Limited-supply
Offline
01-05-2017, 09:27 PM, (This post was last modified: 01-05-2017, 09:44 PM by ForexMart Supporter.)
#26
resim

US TREASURIES WHIPSAW SETELAH MINIT FOMC BERALIH FOKUS KEPADA USD DASAR FISKAL


US TREASURIES bergerak dalam keadaan tidak stabil antara kerugian dan keuntungan selepas minit mesyuarat FOMC Disember lalu menunjukkan bahawa sebahagian pegawai-pegawai Rizab Persekutuan telah beralih tumpuan mereka pada memperlahankan kekerapan kenaikan kadar faedah. Minit juga mendedahkan bahawa pelbagai risiko daripada dasar fiskal bank pusat itu dilihat sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi lebih cepat. Minit FOMC menunjukkan lebih kepada hawkishness tetapi tidak mempunyai apa-apa dovishness dalam pendiriannya.

Source : https://www.forexmart.com/economic-news/article/153/US-Treasuries-Whipsaw-as-FOMC-Minutes-Shifts-Focus-on-USD-and-Fiscal-Policies
Offline
01-05-2017, 09:45 PM,
#27
resim

KADAR INFLASI DI ZON EURO TERUS MENINGKAT

Kadar inflasi di rantau Eropah telah meningkat, mencapai kadar tertinggi selepas tiga tahun. Lonjakan didorong oleh kenaikan harga bagi alkohol dan tembakau, tenaga dan makanan.

Berdasarkan laporan daripada Eurostat, peratusan inflasi bagi Disember naik 1.1% yang mana ketara lebih tinggi daripada keputusan November 0.6%.

Kadar tertinggi berlaku pada bulan September tahun 2013 yang lepas yang mana hasilnya adalah juga 1.1%. Keputusan akhir adalah lebih tinggi daripada jangkaan yang dibuat sasaran ECB kurang daripada 2%.

Peningkatan harga minyak yang melonjak sebanyak 2.5% setiap tahun, manakala nilai makanan dan arak meningkat tahun 1.2% sepanjang tahun. Selain itu, kos tenaga meningkat disebabkan resolusi OPEC untuk mengurangkan output pengeluaran.

Lonjakan mendadak mengurangkan kebimbangan Eropah mengenai deflasi yang mungkin boleh melemahkan pertumbuhan ekonomi zon euro. Sementara itu, harga teras yang lain dipaksa oleh pasaran dunia mempunyai peningkatan yang terhad dari 0.8% kepada 0.9% sahaja, sedikit kemajuan bermakna bahawa inflasi Disember ini adalah "tidak kekal lama" menurut penganalisis.

Source : https://www.forexmart.com/economic-news/article/154/Inflation-Rate-in-the-Eurozone-Rack-Up
Offline
01-06-2017, 09:48 PM,
#28
resim

USD JATUH BERBANDING YEN KERANA MARKET MENJANGKAKAN PENGELUARAN DATA EKONOMI DARI US


USD menyusut terhadap JPY untuk hari kedua berturut-turut selepas minit mesyuarat dasar terkini FOMC mencetuskan kebimbangan tentang bagaimana dasar-dasar pentadbiran kerajaan Trump yang diterima itu akan menjejaskan kekerapan kenaikan kadar yang dirancang Fed tahun ini. USD menurun dengan ketara semasa sesi dagangan Tokyo, mencatatkan penurunan sebanyak lebih daripada 1.7% berbanding dengan yen Jepun. USD terus mengalami penurunan kerana market kini memantau pengumuman data pekerjaan dari Amerika Syarikat pada hari ini.

Source : https://www.forexmart.com/economic-news/article/157/USD-Drops-Against-Yen-as-Market-Anticipates-Economic-Data-Release-from-US
Offline
01-06-2017, 10:07 PM,
#29
resim

USD JATUH 3 MINGGU BERTURUT-TURUT SETELAH YUAN BANGKIT

US dollar menjunam sejak tiga minggu lepas berbanding matawang utama lain pada hari Khamis sejak data pengangguran dan kadar inflasi Amerika Syarikat tidak berubah. Namun, China Yuan mempunyai keuntungan tertinggi direkodkan. Yuan luar pesisir mendapat keuntungan paling tinggi berbanding dolar AS dalam tempoh hampir dua bulan.

Ia mendorong pelabur untuk menjual lebih banyak menjadikan dolar ketahap kadar terendah sejak 24 Dis tahun lepas. Walaupun data positif dari Managements Supply bukan pembuatan Indeks Pengurus Pembelian (PMI), ia tidak mencukupi untuk membawa momentum di pasaran. Walaupun ada kemungkinan market boleh beralih arah kembali ke kemuncaknya setelah market kembali dari bercuti pada Disember tahun lepas.

https://www.forexmart.com/economic-news/article/159/Three-week-low-of-U.S.-Dollars-as-Yuan-Rallied-
Offline
01-09-2017, 08:42 PM, (This post was last modified: 01-09-2017, 08:42 PM by ForexMart Supporter.)
#30
resim

BAKAL PENGGANTI YELLEN MEMBERI PETUNJUK AKAN MENGETATKAN DASAR MONETARI US PADA 2018


Beberapa calon berpotensi bagi jawatan tertinggi di Rizab Persekutuan telah membayangkan akan melaksanakan dasar monetari yang lebih ketat apabila mereka mencapai kuasa pada 2018. Calon Fed seperti Glenn Hubbard Universiti Columbia, Kevin WARSH dan John Taylor Universiti Stanford secara terbuka mengkritik pegawai yang mentadbir Rizab Persekutuan AS sekarang dengan cuba untuk membantu ekonomi Amerika Syarikat dengan melaksanakan dasar monetari yang tidak berguna kepada masalah-masalah yang berkembang di dalam ekonomi.

Source : https://www.forexmart.com/economic-news/article/160/Future-Fed-Chairs-Hint-at-Tightening-US-Monetary-Policy-in-2018



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 259 <<>> Dilihat: 4201
Forexmart - Economic News
ForexMart Supporter
106356
Forum Jump: