Gadis Bersalin Anak Hasil Benih Bekas Kekasih Dalam Tandas Pusat Beli Belah

Online
11-21-2017, 08:22 PM,
#1
resim
Foto hiasan.

RAHSIA remaja berusia 15 tahun yang sejam tidak keluar dari tandas di tingkat dua pusat beli- belah di Kota Kinabalu, semalam, akhirnya terbongkar selepas dia rupa-rupanya melahirkan bayi perempuan.

Dalam kejadian 4.30 petang, ibu bapa remaja itu serta adik dan adik sepupunya berjalan-jalan di kompleks berkenaan, sebelum dia meminta izin untuk ke tandas kerana mengadu sakit perut.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Rosley hobden berkata, siasatan mendapati mangsa ke tandas seorang diri, manakala ibu bapa serta adiknya dan adik sepupunya berjalan di kompleks berkenaan.

"Selepas hampir sejam, ibu bapa mangsa pelik selepas mangsa tidak kelihatan lalu memeriksa di dalam tandas.

"Apabila tiba di dalam tandas, anaknya meminta bantuan lalu ibu mangsa membuka pintu tandas dan terkejut apabila melihat mangsa sedang memegang bayi dan mangkuk tandas berlumuran darah.

"Ibu bapa mangsa kemudian membawa anaknya ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1)," katanya.

Rosley berkata, mangsa dikatakan pernah melakukan hubungan seks dengan teman lelaki berusia 17 tahun, namun mereka sudah berpisah lima bulan lalu.

"Mangsa dengan teman lelaki melakukan hubungan seks di rumah mangsa di Penampang.

"Ibu bapa mangsa tidak menyedari mangsa sedang mengandung kerana mangsa berbadan kecil dan kurus," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan suspek berusia 17 tahun yang terbabit untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol," katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Gadis Politeknik Dicabul Di Lrt Masjid Jamek
Lelaki Kelantan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri Dipenjara 18 Tahun
Raba Punggung Gadis Dalam Bas, Lelaki Ditampar Sebelum Ditahan
Isteri Selamba Seks Dengan Kekasih Depan Anak-anak Ketika Suami Tiada
Gadis Mabuk Tak Sedar Diperkosa 2 Lelaki, Diugut Sebar Video
Penyanyi Dipenjara Kerana Makan Pisang Dengan Menggiurkan Dalam Video Muzik
Gadis Nyaris Diperkosa Suami Sepupu Sendiri Ketika Seorang Dalam Bilik
Gadis Diperkosa Dalam Pusat Urut, Bos Sendiri Didakwa
Duda Didakwa Perkosa Kekasih Sendiri Hingga Mengandung 5 Bulan
Gadis Boleh Dipenjara, Buat Laporan Palsu Dakwa Diperkosa



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 158
Gadis Bersalin Anak Hasil Benih Bekas Kekasih Dalam Tandas Pusat Beli Belah
sukawg
113809
Forum Jump: