Gadis Cantik Lari Rumah Kerana Mahu Cari Ketenangan

Offline
10-12-2017, 05:22 PM,
#1
resim
Nur Hamizah lari rumah sejak Isnin lalu. FOTO ihsan pembaca

REMAJA perempuan berusia 18 tahun melarikan diri dari rumahnya di Kampung Batu Dua Sepintas, Sabak Bernam sejak Isnin lalu.

Nur Hamizah Abdul Rahman disedari hilang pada 6.30 pagi ketika ibunya, Noor Hayati Abd Wahab, 48, ke bilik anaknya untuk mengejutkannya menunaikan solat Subuh.

Noor Hayati berkata, kali terakhir dia melihat anak bongsu daripada tiga beradik itu kira-kira 1 pagi di dalam bilik anaknya itu.

"Ketika pergi ke bilik untuk mengejutkannya pagi itu, saya dapati dia tiada dan ketika itu, saya dan suami panik," katanya.

Menurutnya, mereka memeriksa bilik anaknya itu sebelum menemui nota dengan tulisan tangan anaknya itu tersorok dalam laci meja solek.

"Dalam nota itu, dia meminta saya sekeluarga tidak menjejakinya selain ingin mencari ketenangan.

"Malah, nota berkenaan turut menyatakan dia pergi ke rumah keluarga angkat di Perak dan tidak memberitahu dengan jelas di mana lokasi sebenar," katanya, hari ini.

Noor Hayati berkata, anaknya itu hanya membawa MyKad bersamanya dan tidak membawa telefon bimbit.

Sehubungan itu Noor Hayati membuat laporan polis di Balai Polis Sabak Bernam pada jam 3 petang hari kehilangan anaknya itu.

Orang ramai yang melihat Nur Hamizah atau mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi Noor Hayati di talian 017-6417021.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan remaja itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan. - Metro

Possibly Related Threads...
Gadis Lari Ikut Lelaki Indonesia Akhirnya Pulang Ke Malaysia
Belanja Rm10,000 Bantu Kemas Rumah Dihuni 11 Beranak
Rumah Murah: Datuk Anggun Didakwa Tipu Pensyarah
Anak Tiada Dokumen Gara-gara Ibu Bapa Terlanjur Dan Tak Mahu Kahwin
Bekas Rumah Raja Belgium Termahal Di Dunia, Dijual Rm1.7 Bilion
Mahu Kulit Gebu, Tapi Bernanah Pula Disuntik Doktor Palsu
Ini Bukan Doktor Palsu, Digelar Doktor Kerana Mahir Baiki Dapur Gas
Gadis Sekat Ibu Sendiri Di Wechat, Disyaki Lari Ikut Teman Lelaki
Polis Pegang Tangan, Gadis Instagram Nafi Itu Dirinya
Anggota Polis Dakwa Mahu Tolak Tangan, Bukan Pegang-pegang



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 51
Gadis Cantik Lari Rumah Kerana Mahu Cari Ketenangan
sukawg
113273
Forum Jump: