Gadis Didakwa Buat Laporan Palsu Diperkosa

Offline
02-12-2018, 02:21 PM,
#1
resim
SEORANG pelajar (kanan) mengaku bersalah atas tuduhan memalsukan laporan polis di Mahkamah Klang. - Foto Muhammad Sulaiman

KLANG: Seorang pelajar Tingkatan Enam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan memberi laporan palsu kepada polis, 1 Februari lalu.

Tertuduh membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun, Roslizi menetapkan 26 Februari ini sebagai sebutan kes dan jatuh hukum.

Mengikut pertuduhan, pelajar berkenaan didakwa memberi maklumat palsu berhubung laporan polis yang dibuatnya dengan menyatakan dia diculik dan dirogol seorang lelaki.

Perbuatan berkenaan dilakukan di Balai Polis Klang, jam 6.43 petang, 1 Februari lalu.

Berikutan itu, dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amira Abd Aziz menawarkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh sebelum Roslizi membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam, diikat jamin sebanyak RM1,200 dengan seorang penjamin. - BHarian

Possibly Related Threads...
Gadis Tingkatan 3 Diperkosa Teman Lelaki Kenal Di Wechat
Gadis Diperkosa Bergilir-gilir 9 Tentera Kini Sedang Hamil
9 Anggota Tentera Ditahan Perkosa Gadis 17 Tahun
Bapa Didakwa Hari Ini Kerana Liwat Anak Sendiri
Gadis Tolak Lamaran Jadi Isteri Kedua Dicabul Rakus Bos Sendiri
Konstabel Ditahan Cabul Gadis, Ugut Pasangan Kekasih
Warga Emas Curi-curi Ambil Gambar Kaki Gebu Gadis
Lelaki Didakwa Bersandar Pada Badan Wanita Dalam Lrt
Gadis Lahir Bayi Hasil Sumbang Mahram Dengan Ayah Sendiri
Pakcik Didakwa 564 Kali Sumbang Mahram Dengan Anak Saudara Sendiri



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 49
Gadis Didakwa Buat Laporan Palsu Diperkosa
sukawg
115811
Forum Jump: