Gadis Dikurung 5 Hari, Diperkosa Bergilir-gilir

Offline
09-29-2015, 08:07 AM,
#1
resim

Segamat – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menerima nasib malang apabila menjadi mangsa rogol dan dikurung selama lima hari oleh dua lelaki yang baharu dikenalinya selama sebulan.
 
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bersama keluarganya pada 25 September lalu.
 
“Mengikut keterangan mangsa, kali terakhir dia dirogol oleh suspek secara bergilir-gilir pada 25 September di sebuah rumah tumpangan di Jalan Genuang selepas diambil oleh suspek menaiki kereta di sekitar bandar Segamat pada 21 September lalu.
 
“Mangsa melarikan diri semasa suspek tidur sebelum pulang ke rumah keluarganya. Pada awalnya, keluarga mangsa menyangkakan anaknya itu pergi ke rumah salah seorang saudaranya memandangkan cuti sekolah dan tidak menyangka suspek dikurung dan menjadi mangsa rogol,” katanya.
 
Menurutnya, kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 26 tahun dan mempunyai ikatan kekeluargaan itu kemudiannya ditahan di rumah mereka di Jalan Buloh Kasap, di sini, sejurus laporan polis dibuat.
 
Katanya, siasatan awal juga mendapati suspek menyewa sebuah rumah tumpangan sejak beberapa hari lalu dan mengawasi mangsa secara bergilir-gilir supaya mangsa tidak melarikan diri selain turut memberikan suspek makan dan minum.
 
“Siasatan lanjut juga sedang dijalankan sama ada mangsa telah dirogol di tempat lain sebelum itu dan mangsa juga turut diarahkan menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Daerah Segamat (HDS).
 
“Kedua-dua suspek juga tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hasil pemeriksaan air kencing turut mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis Amphetamine,” katanya.
 
Menurutnya, suspek kini direman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - SuaraTV

Possibly Related Threads...
Wanita Diperkosa Jiran Sendiri Ketika Sedang Tidur Di Sungai Petani
Gadis Dikurung, Dipaksa Layan Nafsu Teman Lelaki Sendiri Selama 9 Hari
Ibu Tak Kisah Anak Diperkosa Suami Sendiri, Lebih Baik Dari Diperkosa Orang Lain
Gadis Ditipu Bayar Deposit Untuk Kerja Jual Tubuh
Pegawai Penguatkuasa Perkosa Gadis Yang Dicekup Khalwat
Gadis Diperkosa Teman Lelaki Sebelum Diratah Lagi 2 Rakan Lain
9 Remaja Didakwa Perkosa Gadis Di Gemencheh, Mengaku Salah
Gadis Universiti Nyaris Diperkosa Lelaki Indon Dalam Tandas
2 Mekanik Didakwa Hari Ini Perkosa Gadis
Gadis Diperkosa Kenalan Wechat Di Bilik Kantin Sekolah



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 681
Gadis Dikurung 5 Hari, Diperkosa Bergilir-gilir
sukawg
98588
Forum Jump: