Gadis Diperkosa Dalam Pusat Urut, Bos Sendiri Didakwa

Online
12-05-2017, 08:11 PM,
#1
resim
TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah selepas dibacakan pertuduhan. FOTO Zuhairi Zuber

MAJIKAN dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas tuduhan merogol pekerja wanitanya, dua tahun lalu.

Tertuduh, Azhar Bahari, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan keatasnya dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol gadis berusia 19 tahun dalam kejadian di pusat urut, di pusat peranginan di Bukit Katil, Ayer Keroh, kira-kira 11 pagi, 25 November 2015.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi, tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam M Pusppa merayu kepada mahkamah agar diberikan jaminan yang rendah memandangkan anak guamnya itu tidak mempunyai pendapatan tetap.

Selepas mendengar hujah kedua-kedua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 selain menetapkan 5 Januari depan untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes. - Metro

Possibly Related Threads...
Gadis Politeknik Dicabul Di Lrt Masjid Jamek
Lelaki Kelantan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri Dipenjara 18 Tahun
Raba Punggung Gadis Dalam Bas, Lelaki Ditampar Sebelum Ditahan
Gadis Mabuk Tak Sedar Diperkosa 2 Lelaki, Diugut Sebar Video
Penyanyi Dipenjara Kerana Makan Pisang Dengan Menggiurkan Dalam Video Muzik
Pengarah Filem X-men Didakwa ' Tampar' Remaja Lelaki Dengan Alat Sulitnya
Bilal Didakwa Hari Ini Liwat Remaja Lelaki
Gadis Nyaris Diperkosa Suami Sepupu Sendiri Ketika Seorang Dalam Bilik
Duda Didakwa Perkosa Kekasih Sendiri Hingga Mengandung 5 Bulan
Gadis Boleh Dipenjara, Buat Laporan Palsu Dakwa Diperkosa



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 99
Gadis Diperkosa Dalam Pusat Urut, Bos Sendiri Didakwa
sukawg
114093
Forum Jump: